cara masak asam pedas

Kalau nak tahu cara masak asam pedas yang betul-betul sedap, rahsianya ada pada sambal yang dimasak perlahan sehingga pecah minyak sampai menjadi macam pes.

Boleh buat banyak terus untuk dijadikan stok. Bila nak masak, boleh guna untuk ikan, ayam atau daging. Jimat masa serta lebih mudah bila nak masak cepat dan kesuntukan masa.

Baca juga: Rahsia Buat Asam Rebus Ikan Kerisi Jadi Lagi Sedap, Masam Manis Pedas Cukup Rasa!

CARA MASAK ASAM PEDAS PALING SEDAP

cara masak asam pedas

Bahan-bahan:

  • 5 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Kunyit sebesar ibu jari
  • Halia (lebihkan jika untuk ayam atau daging, untuk ikan guna sebesar ibu jari)
  • Belacan sedikit
  • Cili kering ikut tahap kepedasan dan kepekatan yang disukai

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan sehingga halus.
  2. Tumis pes yang dikisar tadi dengan api perlahan sehingga agak kekuningan.
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Tambahkan bunga kantan dan daun kesum, sedikit gula, air asam jawa, garam, dan perasa secukup rasa.
  5. Masukkan air secukupnya dan masak hingga kuah pekat.
  6. Biarkan pes sejuk dan simpan untuk digunakan bila-bila masa.
  7. Bila mahu masak, masukkan pes ke dalam periuk dan tambah air ikut kepekatan yang diingini.
  8. Masukkan ikan, ayam atau daging.
  9. Tambahkan bendi dan tomato.
  10. Masak hingga semua bahan masak sempurna, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Resipi Ayam Percik Kelantan Berkuah Putih Pekat, Bau Wangi Semerbak Buat Jiran Ketuk Pintu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN