resepi ayam kari

Kalau dah bosan masak kari ayam biasa, kali ini jom kita buat kelainan dengan mencuba resepi ayam kari cili kering yang tak kurang lazatnya juga.

Apa yang membezakannya dengan kari biasa adalah penggunaan bahan tumisan darat yang digoreng garing, memberikan aroma yang lebih membangkitkan selera dan rasa yang lebih umami.

Baca juga: Resipi Ayam Berempah Sedap Yang Tak Hangit, Warna Cantik Dan Isi ‘Juicy’

RESEPI AYAM KARI CILI KERING

resepi ayam kari

Bahan A (tumis darat):

  • 5 biji bawang merah (kecil) – dihiris
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 6 tangkai cili kering – dipotong
  • Daun kari secukupnya

Bahan B (bahan tumis asas):

  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 biji bawang besar – dihiris

Bahan C (kisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Daun kari

Bahan D (bahan utama & rempah):

  • Ayam (yang telah digoreng separuh masak)
  • 3 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 150ml santan
  • 1 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam & serbuk pati ayam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga garing dan naik bau. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga garing dan naik bau. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama daun kari. Tumis sehingga airnya sedikit kering dan naik bau.
  4. Masukkan rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tambah sedikit air dan tumis sehingga rempah benar-benar masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan tomato, garam dan serbuk pati ayam. Gaul rata.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kemudian, tuangkan santan dan 1 cawan air. Biarkan mereneh sehingga kuah menjadi pekat dan ayam masak sepenuhnya.
  7. Akhir sekali, masukkan semula bahan tumisan darat yang telah digoreng garing tadi. Gaul seketika dan tutup api.

Sumber: Hidayati Hana

Baca juga: Resipi Masak Lemak Ayam Goreng, Tak Letak Bawang Pun Tapi Pekat Elok Kuahnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN