Beg plastik memang selalu ada di setiap rumah. Walaupun ramai dah mula menggunakan beg guna semula, hakikatnya masih banyak beg plastik yang dibawa pulang selepas membeli barang. Daripada terus dibuang, lebih baik simpan untuk kegunaan lain seperti membuang sampah kecil, membungkus barang atau membawa makanan.
Masalahnya, kalau tidak disusun dengan betul, plastik terpakai ini mudah berselerak dalam laci atau kabinet dapur. Lagi banyak dikumpul, lagi serabut mata memandang. Kadang-kadang bila nak guna, satu timbunan pula yang perlu diselongkar.
Sebenarnya ada satu cara mudah untuk melipatnya supaya lebih kemas dan menjimatkan ruang. Teknik lipatan segi tiga ini bukan sahaja nampak lebih teratur, malah memudahkan anda mengenal pasti saiz yang diperlukan. Saiz besar akan menghasilkan bentuk segi tiga yang lebih besar, manakala plastik kecil pula menjadi lebih kecil dan mudah disimpan.
Baca juga: Rice Cooker Rosak? Jangan Panik, Ini Cara Masak Nasi Guna Microwave Paling Cepat & Senang!
Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:
1. Setiap kali membawa pulang beg plastik, ratakan terlebih dahulu sebelum lipat dua secara memanjang.
2. Kemudian lipat sekali lagi secara memanjang sehingga menjadi lebih kecil dan kemas.
3. Bermula dari bahagian bawah, lipat hujung plastik membentuk segi tiga. Teruskan lipatan yang sama sehingga hampir ke penghujung.
4. Apabila sampai di bahagian atas, tinggalkan sedikit ruang pada hujung plastik. Kemudian selitkan hujung tersebut ke dalam celah lipatan yang terakhir.
5. Siap! Kini ia akan menjadi bentuk segi tiga yang padat dan tidak mudah terbuka. Susun sahaja di dalam bekas atau bakul simpanan mengikut saiz supaya lebih mudah dicapai apabila diperlukan.
Sumber: Abylla Amjah
Baca juga: Cara Pilih Periuk Yang Tahan Lama, Wanita Kongsi Pesanan Mak Cari Label ’18/10 Stainless Steel’
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…