Resepi roti canai mudah ini menjadi perhatian ramai selepas dikongsikan di Threads kerana hanya menggunakan empat bahan asas yang mudah didapati di dapur. Walaupun nampak ringkas, hasilnya lembut, gebu dan berlapis seperti roti canai yang dijual di kedai.
Apa yang menarik, rahsia utama resipi ini bukan pada jumlah bahannya, tetapi pada cara menyediakan doh. Doh perlu direndam di dalam minyak masak selama lima jam sebelum ditebar dan dimasak. Langkah inilah yang membantu menghasilkan roti canai yang lebih anjal dan mudah ditebar.
Baca juga: Nasi Goreng Simple Sedap Untuk Sarapan, Masak Ringkas Tapi Memang Buka Selera
Bahan-bahan:
Cara-cara Penyediaan:
1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas adunan.
2. Tambahkan marjerin, susu pekat manis dan telur.
3. Uli sehingga semua bahan sebati dan doh menjadi licin serta lembut.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut saiz yang dikehendaki.
5. Salut atau rendam setiap doh dengan minyak masak sehingga keseluruhannya diselaputi minyak.
6. Biarkan doh berehat selama 5 jam.
7. Selepas cukup masa, tebar doh senipis yang boleh tanpa mengoyakkannya.
8. Lipat doh mengikut bentuk roti canai pilihan anda.
9. Panaskan kuali dan masak menggunakan api sederhana sehingga kedua-dua bahagian bertukar warna perang keemasan.
10. Tepuk roti canai sebaik sahaja diangkat dari kuali supaya lapisannya lebih cantik dan gebu.
Tips Buat Roti Canai Lebih Lembut
Dengan hanya empat bahan utama, anda sudah boleh menikmati roti canai homemade yang lembut, berlapis dan sedap tanpa perlu menguli doh yang terlalu rumit. Sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang bersama kuah kari, dal atau sekadar dicicah dengan gula.
Selamat mencuba!
Sumber: daiisyyvm
Baca juga: Cara Buat Lempeng Gulung Yang Lembut Setiap Masa, Sesuai Untuk Sarapan Dan Minum Petang
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…