beg plastik

Beg plastik memang selalu ada di setiap rumah. Walaupun ramai dah mula menggunakan beg guna semula, hakikatnya masih banyak beg plastik yang dibawa pulang selepas membeli barang. Daripada terus dibuang, lebih baik simpan untuk kegunaan lain seperti membuang sampah kecil, membungkus barang atau membawa makanan.

Masalahnya, kalau tidak disusun dengan betul, plastik terpakai ini mudah berselerak dalam laci atau kabinet dapur. Lagi banyak dikumpul, lagi serabut mata memandang. Kadang-kadang bila nak guna, satu timbunan pula yang perlu diselongkar.

Sebenarnya ada satu cara mudah untuk melipatnya supaya lebih kemas dan menjimatkan ruang. Teknik lipatan segi tiga ini bukan sahaja nampak lebih teratur, malah memudahkan anda mengenal pasti saiz yang diperlukan. Saiz besar akan menghasilkan bentuk segi tiga yang lebih besar, manakala plastik kecil pula menjadi lebih kecil dan mudah disimpan.

Baca juga: Rice Cooker Rosak? Jangan Panik, Ini Cara Masak Nasi Guna Microwave Paling Cepat & Senang!

Cara Lipat Beg Plastik Dengan Teknik Segi Tiga

beg plastik

Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

1. Setiap kali membawa pulang beg plastik, ratakan terlebih dahulu sebelum lipat dua secara memanjang.

beg plastik

2. Kemudian lipat sekali lagi secara memanjang sehingga menjadi lebih kecil dan kemas.

3. Bermula dari bahagian bawah, lipat hujung plastik membentuk segi tiga. Teruskan lipatan yang sama sehingga hampir ke penghujung.

beg plastik

4. Apabila sampai di bahagian atas, tinggalkan sedikit ruang pada hujung plastik. Kemudian selitkan hujung tersebut ke dalam celah lipatan yang terakhir.

5. Siap! Kini ia akan menjadi bentuk segi tiga yang padat dan tidak mudah terbuka. Susun sahaja di dalam bekas atau bakul simpanan mengikut saiz supaya lebih mudah dicapai apabila diperlukan.

beg plastik

Sumber: Abylla Amjah

Baca juga: Cara Pilih Periuk Yang Tahan Lama, Wanita Kongsi Pesanan Mak Cari Label ’18/10 Stainless Steel’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN