
Rupanya kita boleh masak nasi guna microwave sahaja tau! Kalau periuk nasi elektrik (rice cooker) di rumah tiba-tiba rosak, atau bagi anda yang memang tak ada periuk nasi
Petua ini bukan saja buatkan nasi cepat masak, malah hasilnya tetap lembut, sebiji-sebiji dan tidak melekat. Jom kita tengok cara-caranya yang sangat ringkas di bawah ini.
Baca juga: Cara Kukus Pulut Tanpa Rendam, Guna Cara Ini Confirm Masak Cantik & Tekstur Sebiji-Sebiji!
CARA MASAK NASI GUNA MICROWAVE

1. Sukat Air Macam Biasa
Mula-mula, cuci beras bersih-bersih dan masukkan ke dalam mangkuk kaca yang sesuai untuk kegunaan microwave. Seterusnya, sukat air seperti biasa menggunakan teknik ‘ruas jari’ yang biasa kita buat.
2. Tambah Sedikit Minyak Masak
Ini rahsia penting! Tambahkan 1 sudu makan minyak masak ke dalam air rendaman beras tadi. Fungsi minyak ini adalah untuk memastikan butiran nasi tidak melekat antara satu sama lain dan kelihatan berkilat cantik selepas masak.
3. Set Masa Microwave
Masukkan mangkuk beras tadi ke dalam microwave (tanpa ditutup dahulu). Setkan masa memasak di antara 8 hingga 10 minit mengikut tahap kuasa (power) microwave anda.
4. Rehatkan Nasi (Biarkan Stim Bertindak)
Selepas microwave berbunyi tandanya masa dah tamat, keluarkan mangkuk dengan berhati-hati (gunakan sarung tangan ketuhar kerana mangkuk sangat panas).
Seterusnya, tutup mangkuk tersebut dengan penutupnya dan biarkan ia berehat selama 5 minit. Proses ini penting bagi membiarkan wap atau stim panas memasak nasi tersebut secara sekata di bahagian dalam.
5. Sedia Untuk Dihidang!
Selepas 5 minit, buka penutup mangkuk dan gemburkan nasi perlahan-lahan menggunakan senduk. Anda akan nampak hasilnya, nasi masak dengan sempurna, lembut, dan sedia untuk dinikmati bersama lauk-pauk kegemaran!
Tip Tambahan MyResipi: Pastikan anda menggunakan mangkuk jenis kaca atau seramik yang memang disahkan microwave-safe untuk mengelakkan bekas daripada retak atau mencair.
Sumber: Che Kam
Baca juga: Cara Cuci Kuali Hitam Kesan Terbakar, Guna Sabun Buku & Berus Besi Saja Dah Berkilat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














