Categories: Tips & Petua

Cara Kupas Bawang Putih Paling Senang, Dah Tak Bersilat Lagi Di Dapur!

Nak buat tugas seharian di rumah lebih cepat, anda perlu menambah kemahiran memasak di dapur dengan mempelajari cara kupas bawang putih yang paling mudah.

Bawang putih dijadikan sebagai penambah rasa dalam hidangan dan sering digunakan untuk menumis. Senang cerita, sesuatu hidangan itu takkan lengkap tanpa bahan ini.

Bahan ini terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai dan dipercayai dapat bantu merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan sistem imun badan.

Isinya yang berwarna putih dan terbungkus dalam beberapa lapisan kulit nipis membuatkan ia sukar dikupas dan tak dinafikan ramai yang sampai stres mengupasnya di dapur.

Oleh kerana ramai yang berdepan dengan situasi itu, Azeera Mohamad telah kongsikan cara kupas bawang putih yang sangat mudah dan menarik di Facebook. Jom kita tengok!

Baca juga: Tutorial Menyiang Ikan Cara ‘Newbie’, Sesuai Untuk Orang Yang Baru Masuk Dapur!

CARA KUPAS BAWANG PUTIH PALING SENANG

1. Rendamkan labu-labu bawang putih itu ke dalam bekas yang berisi air. Sukatan air itu biar boleh dapat tenggelamkan semua bawang putih.

2. Anda tak perlu gunakan air suam atau panas sekalipun, cukup gunakan air bersuhu biasa saja.

3. Biarkan rendam lebih kurang 10 hingga 15 minit atau sehingga agak-agak kulit bawang putih itu sudah serap air.

4. Selepas itu, anda boleh kupas bawang putih itu dengan lebih cepat dan mudah. Siap untuk digunakan!

Selepas menggunakan cara kupas bawang putih yang cukup mudah ini, anda pasti dapat memasak dengan lebih selesa di dapur.

Buat pengetahuan anda, tips ini sangat berguna ketika rewang untuk kenduri kerana mengupas bawang putih adalah tugas paling mencabar jika tak tahu caranya.

Sebelum ini anda pasti sering terasa renyah untuk mengupas bawang putih. Tapi dengan tips ini, nak kupas seguni pun tiada masalah rasanya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Azeera Mohamad

Baca juga: 6 Petua Makanan Goreng Tak Serap Minyak, Nak Masak Nanti Boleh Guna!

Aimi

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

2 days ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

2 days ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

2 days ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

2 days ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

3 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

3 days ago