Categories: Resipi

Resipi Bingka Keladi Yang Wangi, Lembut & Berlemak, Makan Sepotong Dua Tak Cukup!

Mari kita sediakan minum petang atau sarapan dengan kuih tradisional kegemaran ramai iaitu bingka keladi. Kuih ini sangat jarang dijual oleh peniaga makanan.

Mungkin sebelum ini anda pernah mencuba bingka pandan, bingka jagung, atau bingka labu. Tapi kali ini, apa kata kita cuba bingka keladi yang lembut dan berlemak ini pula.

Baca juga: Resipi Bingka Susu Yang Mudah & Sedap, Simple Je Caranya!

RESIPI KUIH BINGKA KELADI LEMBUT DAN BERLEMAK

Bahan-bahan:

  • 2 1/2 cawan ubi keladi
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 3 biji telur (gred B, jika gred A 2 biji sahaja)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil esen vanila berkrim
  • 1 sudu besar keladi emulco
  • Sedikit pewarna ungu

Cara-cara:

  1. Sediakan penapis atau bekas yang tahan suhu kepanasan tinggi. Letakkan ubi keladi yang sudah dipotong kecil.
  2. Kukus selama 30 minit atau sehingga keladi menjadi lembut dan empuk sepenuhnya.
  3. Sambil tunggu ubi dikukus, kita siapkan bahan-bahan kuih yang lain.
  4. Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Fungsi telur ini untuk melembutkan tekstur kuih. Ketepikan.
  5. Sediakan pengisar, masukkan santan pekat, telur yang dipecahkan tadi, gula pasir, tepung gandum, tepung beras, garam, marjerin dan juga keladi yang sudah siap dikukus.
  6. Kisar semua bahan tersebut sehingga hancur sepenuhnya dan sebati selama 2 minit.
  7. Selepas itu, masukkan esen vanilla berkrim, keladi emulco dan pewarna ungu. Sambung kisar sehingga warna sebati sepenuhnya.
  8. Oleskan sedikit marjerin pada loyang saiz 10x10x3 inci. Marjerin ini berfungsi supaya kuih mudah dikeluarkan selepas siap dibakar nanti.
  9. Panaskan seketika loyang di dalam oven selama 5 minit.
  10. Selepas 5 minit, keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan yang dikisar tadi.
  11. Kemudian, hentak-hentakkan sedikit loyang untuk pecahkan rongga udara.
  12. Akhir sekali, taburkan bijan putih ke atas adunan.
  13. Bakar kuih selama 1 jam 15 minit pada suhu 170°C menggunakan api atas bawah. Letak loyang di rak kedua supaya bahagian atas tak hitam.
  14. 5 minit terakhir tukar kepada api atas sahaja untuk merangupkan bahagian atas kuih.
  15. Sejukkan 3 hingga 4 jam sepenuh kuih dipotong.
  16. Sedia untuk menjamu selera, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah

Baca juga: Sedapnya Bingka Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa

Wan N

Recent Posts

Cara Bersihkan Minyak Goreng Yang Penuh Serdak, Tip Mudah Ini Ramai Tak Pernah Cuba

Minyak goreng yang penuh dengan serdak makanan memang nampak kotor dan ramai mungkin terus membuangnya.…

12 mins ago

Cara Masak Pajeri Nanas Sedap, Kuah Kena Sedikit Manis Barulah Rasa Menjadi

Kalau nak tahu cara masak pajeri nanas yang sedap dan cukup rasa, salah satu rahsianya…

50 mins ago

Cara Masak Bihun Goreng Pedas Rencah Ikan Bilis, Masak Sekuali Pun Belum Tentu Cukup!

Cara memasak bihun goreng yang sesuai untuk hidangan seisi keluarga dengan rasa enak, pedas, dan…

51 mins ago

Resipi Kuih Puli Ubi Kayu, Kuih Tradisional Yang Makin Jarang Jumpa & Penuh Kenangan

Kuih puli ubi kayu mungkin nampak seakan-akan kuih lopes, tetapi cara penyediaannya dan bahan utamanya…

2 hours ago

Karipap Jerawat Rangup, Ini Rahsia Kulit Bergelembung Cantik & Tak Mudah Terbuka

Nak hasilkan karipap jerawat yang kulitnya rangup, bergelembung cantik dan tidak mudah terbuka ketika digoreng?…

3 hours ago

Resipi Mi Hailam Penuh Lauk & Kuah Pekat, Sekali Hidang Terus Semua Nak Cedok!

Resipi mee hailam sedap ini sesuai untuk makan malam kerana menggabungkan mi kuning dengan ayam,…

17 hours ago