“Ada tak cara kupas bawang dengan cepat? Paling malas bab kupas bawang ni setiap kali nak masak..”
Ramai yang menganggap aktiviti di dapur sesuatu yang leceh. Lebih-lebih lagi bab menyediakan bahan untuk memasak.
Biasanya perkara yang paling malas dilakukan adalah mengupas bawang kerana memerlukan ketelitian disebabkan oleh kulit bawang sangat nipis.
Selain itu, mata juga boleh menjadi pedih ketika sedang mengupas bawang. Sampai meleleh air mata!
Tidak perlu risau lagi, menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok bernama @awangdapur, dia ada mendedahkan tips kupas bawang dengan cara yang terpantas.
Baca juga: Cara Kupas Manggis Tanpa Kotorkan Tangan, Lelaki Ini Tunjuk Ajar
CARA KUPAS BAWANG DENGAN CEPAT
Berikut merupakan langkah-langkahnya:
- Ambil sebiji mangkuk, masukkan semua bawang.
- Tuangkan air yang mendidih sehingga semua bawang tenggelam. Biarkan bawang berendam selama beberapa minit. Selepas itu, buang air di dalam mangkuk.
- Tak perlu tunggu kering, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.
- Hasilnya, kulit bawang lebih mudah dipisah dari bawang. Boleh terus tarik kulit bawang dan ia akan terus tercabut seperti selaput.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Tiktok @awangdapur
Baca juga: Tak Perlu Rendam Air Semalaman, Ini Cara Rebus Kacang Merah Agar Cepat Empuk!
Baca juga: Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni!