Categories: Tips & Petua

Petua Buat Pulut Kuning Lembut Dan Berkilat Cantik, Kena Ikut Tips Mudah Ini!

Ramai yang suka makan pulut kuning, tapi tak semua tahu teknik yang betul untuk hasilkan pulut yang elok dan tak lembik. Sebenarnya, cara kukus pulut sangat penting supaya teksturnya lembut dan nampak berkilat.

Dengan resipi ini, anda tak perlu rendam lama sampai berjam-jam. Cukup 30 minit saja, hasilnya tetap lembut dan sedap. Bila ikut langkah yang betul, pulut akan masak dengan sekata.

Jadi, kalau anda nak belajar cara masak pulut yang betul, jom ikuti resipi perkongsian oleh Puan Khadijah Jaadar di bawah. Menurutnya, petua ini dipelajari dari ibunya dan digunakan setiap kali memasak pulut.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

CARA KUKUS PULUT KUNING YANG LEMAK, LEMBUT DAN BERKILAT

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras pulut susu
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1-1 ¼ cawan santan pekat
  • Gula secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Basuh beras pulut hingga bersih. Rendam bersama serbuk kunyit, air kunyit (tumbuk kunyit hidup, campur dengan sedikit air, tapis dan ambil airnya) dan asam keping.
  2. Rendam selama 20–30 minit sahaja. Jangan lebih, nanti pulut jadi lembik.
  3. Sementara itu, panaskan air dalam pengukus. Toskan pulut selepas direndam dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20–25 minit dengan api sederhana hingga separuh masak.
  4. Untuk bancuhan santan, campurkan santan pekat bersama gula dan garam. Lebihkan sedikit rasa masin dan manis, barulah pulut akan terasa sedap bila dimakan.
  5. Keluarkan pulut separuh masak tadi, gaulkan dengan santan hingga sebati dan santan terserap. (Kalau nampak pulut agak kering, boleh tambah santan hingga 1 ¼ cawan.)
  6. Masukkan kembali ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 15–20 minit atau hingga pulut masak sepenuhnya.
  7. Siap untuk dihidangkan!

Pulut kuning kukus ini paling padu kalau dimakan bersama rendang ayam atau daging. Fuhh, memang nikmat tak terkata!

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Cara Masak Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, Kegemaran Satu Keluarga!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago