rendang ayam cili padi

Resepi rendang ayam cili padi Negeri Sembilan ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Norzy Yusuff.

Menurutnya, rendang ini menjadi kegemaran seisi keluarganya dan wajib dimasak setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun ini bukan resipi original Negeri Sembilan kerana ada penambahan rempah, rasanya tetap sedap dengan aroma yang lebih wangi dari biasa.

Baca juga: Telur Pun Sedap Dibuat Rendang, Sesuai Makan Dengan Nasi Lemak!

RESEPI RENDANG AYAM CILI PADI

rendang ayam cili padi

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam (digoreng separuh masak)
  • ½ kg bawang kecil*
  • 2 labu bawang putih*
  • Halia*
  • 6 batang serai*
  • 3 ketul ibu kunyit*
  • 1 ½ genggam cili api merah* (tambah jika mahu lebih pedas)
  • 4 sudu besar rempah (buatan sendiri – resipi di bawah)
  • 2 kg santan
  • 3 sudu besar kerisik
  • 4 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam, gula dan perasa secukupnya (optional)

Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus.

Cara penyediaan:

  1. Satukan bahan kisar (*), rempah (**) dan santan dalam periuk. Masak hingga kuah menjadi pekat.
  2. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak dan kacau rata.
  3. Tambahkan kerisik, asam keping, daun kunyit, garam dan gula. Teruskan memasak sambil dikacau hingga rendang kering dan pecah minyak.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Ramuan rempah (buatan sendiri):

  • 1 batang kulit kayu manis (dipecah kecil)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 ulas buah pelaga
  • 200g ketumbar
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 2 sudu besar jintan halus

Cara penyediaan rempah:

  1. Sangai (goreng tanpa minyak) semua bahan rempah hingga naik bau.
  2. Kisar halus dan simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan dalam masakan.

Sumber: Norzy Yusuff

Baca juga: Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia, Tak Perlu Guna Kerisik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN