
Ramai yang suka makan pulut kuning, tapi tak semua tahu teknik yang betul untuk hasilkan pulut yang elok dan tak lembik. Sebenarnya, cara kukus pulut sangat penting supaya teksturnya lembut dan nampak berkilat.
Dengan resipi ini, anda tak perlu rendam lama sampai berjam-jam. Cukup 30 minit saja, hasilnya tetap lembut dan sedap. Bila ikut langkah yang betul, pulut akan masak dengan sekata.
Jadi, kalau anda nak belajar cara masak pulut yang betul, jom ikuti resipi perkongsian oleh Puan Khadijah Jaadar di bawah. Menurutnya, petua ini dipelajari dari ibunya dan digunakan setiap kali memasak pulut.
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya
CARA KUKUS PULUT KUNING YANG LEMAK, LEMBUT DAN BERKILAT

Bahan-bahan:
- 500 gram beras pulut susu
- 2 keping asam keping
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 1-1 ¼ cawan santan pekat
- Gula secukupnya
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Basuh beras pulut hingga bersih. Rendam bersama serbuk kunyit, air kunyit (tumbuk kunyit hidup, campur dengan sedikit air, tapis dan ambil airnya) dan asam keping.
- Rendam selama 20–30 minit sahaja. Jangan lebih, nanti pulut jadi lembik.
- Sementara itu, panaskan air dalam pengukus. Toskan pulut selepas direndam dan masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 20–25 minit dengan api sederhana hingga separuh masak.
- Untuk bancuhan santan, campurkan santan pekat bersama gula dan garam. Lebihkan sedikit rasa masin dan manis, barulah pulut akan terasa sedap bila dimakan.
- Keluarkan pulut separuh masak tadi, gaulkan dengan santan hingga sebati dan santan terserap. (Kalau nampak pulut agak kering, boleh tambah santan hingga 1 ¼ cawan.)
- Masukkan kembali ke dalam pengukus dan kukus lagi selama 15–20 minit atau hingga pulut masak sepenuhnya.
- Siap untuk dihidangkan!
Pulut kuning kukus ini paling padu kalau dimakan bersama rendang ayam atau daging. Fuhh, memang nikmat tak terkata!
Sumber: Khadijah Jaafar
Baca juga: Cara Masak Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, Kegemaran Satu Keluarga!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














