Anda sedang mengalami cirit-birit? Penat berulang-alik ke bilik air? Sampaikan badan pun dah lembik. Jom kami kongsikan cara hilangkan cirit-birit yang paling cepat dan berkesan.
Secara amnya, cirit-birit berlaku kerana pengambilan makanan dan minuman yang tercemar, makan dengan tangan yang kotor atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah:
Air kelapa mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi bagi menggantikan elektrolit yang hilang dari badan. Jadi, minuman ini merupakan satu rawatan tradisional yang boleh merawat cirit birit.
Pengambilan makanan rendah lemak juga baik utuk mengatasi cirit birit. Contoh makanan yang rendah lemak adalah ikan, isi ayam tanpa kulit dan protein sumber tumbuhan seperti tauhu, tempe, cendawan, kacang kuda, kacang edamame dan sebagainya.
Minuman elektrolit mengandungi kandungan elektrolit seperti natrium, kalium dan lain-lain yang baik untuk mengatasi mengalami masalah cirit birit. Jadi selain dari air kelapa, pengambilan air elektrolit juga bagus untuk cirit birit.
Diet BRAT adalah singkatan daripada pisang (banana), nasi (rice), sos epal (applesauce) dan roti bakar (toast). Makanan ini merupakan rendah serat dan sekaligus dapat mengurangkan simptom semasa cirit birit. Tetapi diet ini tidak boleh diamalkan dalam tempoh masa yang lama kekurangan sumber serat, protein dan lemak.
Yogurt adalah produk tenusu yang diperbuat melalui proses fermentasi. Bakteria yang digunakan untuk membuat yogurt dipanggil “kultur” dan ianya mempunyai pelbagai kebaikan terhadap kesihatan.
Mereka yang mengalami cirit birit digalakkan mengambil sayur-sayuran yang telah dimasak dan dibuang kulitnya (jika ada) untuk mengurangkan beban sistem pencernaan. Pemilihan sayur yang tidak berangin juga digalakkan untuk mengelakkan ketidakselesaan perut.
Pelbagai jenis minuman kultur yang kita boleh dapati di pasaran. Kebaikan minuman kultur ini adalah ianya mengandungi probiotik, iaitu sejenis bakteria baik yang dapat menjaga keseimbangan di dalam sistem pencernaan.
Makanan bland atau nama mudahnya makanan yang rendah serat adalah sejenis makanan yang boleh diambil bagi mereka yang mengalami cirit birit. Elakkan diri daripada mengambil makanan yang pedas dan kompleks yang boleh membuatkan cirit birit menjadi lebih teruk. Contoh makanan bland adalah bubur nasi, kentang rebus dan roti putih.
Pengambilan ais pop merupakan salah satu alternatif lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pengambilan air. Anda boleh membekukan jus buah ataupun air kosong bersama hirisan buah untuk menambahkan rasa.
Rawatan utama yang paling penting bagi masalah cirit birit adalah mengambil air kosong yang cukup. Hal ini kerana cirit birit menyebabkan badan kehilangan banyak air melalui najis. Kesannya akan menyebabkan hidrasi pada tubuh badan. Selain itu, elakkan juga mengambil minuman yang berkafein kerana ianya bersifat diuretik yang akan menyebabkan lebih banyak air dikeluarkan daripada badan.
Kesimpulannya, ada banyak makanan dan minumam yang boleh diambil oleh pesakit cirit birit. Namun begitu, rawatan utama yang perlu didahulukan adalah perlu mendapatkan rawatan di klinik atau hospotal dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
Kredit: Root Of Science
Resepi prosperity burger ini tidak susah mana. Malah, kebanyakan bahan-bahan yang diperlukan biasanya sudah ada…
Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah…
Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah…
Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba…
Cara masak tomyam yang sedap sebenarnya sangat mudah jika anda menggunakan resipi ini kerana tidak…
Gulai ikan ayo (tongkol) adalah hidangan klasik Kelantan yang sering dihidangkan bersama nasi dagang. Resipi…