Categories: Tips & Petua

5 Petua Hilangkan Bau Peti Ais, Tak Ramai Buat Cara No. 3 Tapi Sebenarnya Berkesan!

Pernah tak bila buka peti ais dan tiba-tiba hidu bau yang kurang menyenangkan? Jangan risau, anda masih boleh menyelamatkannya setelah tahu petua hilangkan bau peti ais tersebut.

Kali ini, kami kami kongsikan 5 petua mudah dan berkesan untuk hilangkan bau peti ais, lengkap dengan tip bonus untuk elak bau kembali menghantui. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Susun Barang Dapur Dalam Peti Sejuk, Baru Nampak Kemas & Jimat Ruang!

5 CARA HILANGKAN BAU PETI AIS

Kredit gambar: zinkevych dari Freepik

1. Bersihkan dengan campuran air suam dan cuka putih.

Cuka putih dapat membersihkan permukaan, membasmi bakteria dan menghilangkan bau busuk secara semula jadi.

Caranya:

  1. Keluarkan semua makanan dan minuman dari peti ais.
  2. Sediakan campuran air suam dan cuka putih (nisbah 1:1).
  3. Gunakan kain bersih atau span untuk lap seluruh permukaan dalaman peti ais termasuk bahagian pintu dan celah-celah kecil.

2. Gunakan soda bikarbonat.

Soda bikarbonat adalah penyerap bau semula jadi yang sangat popular.

Caranya:

  1. Letakkan semangkuk soda bikarbonat (tanpa penutup) di dalam peti ais, sebaiknya di bahagian tengah atau rak atas.
  2. Jika nak lebih kemas, boleh letakkan soda dalam uncang kain kecil atau bekas berlubang.
  3. Tukar soda setiap 1 hingga 2 bulan untuk memastikan kesannya kekal optimum.

3. Serbuk kopi atau teh terpakai.

Tak ramai yang tahu sebenarnya serbuk kopi atau teh terpakai bukan saja menyerap bau, malah menyebarkan aroma semula jadi yang segar dalam peti ais.

Caranya:

  1. Letakkan serbuk kopi terpakai dalam bekas terbuka dan biarkan di sudut peti ais.
  2. Boleh juga guna uncang teh terpakai yang telah dikeringkan terlebih dahulu.

4. Potongan lemon atau kulit oren.

Bahan-bahan berasaskan buah sitrus seperti lemon, oren dan nenas sangat membantu dalam menyegarkan ruang peti ais.

Caranya:

  1. Letakkan hirisan lemon atau kulit buah oren di dalam bekas terbuka di rak peti ais.
  2. Selain lemon atau oren, kulit nenas juga boleh dijadikan alternatif menarik.
  3. Tukar setiap beberapa hari untuk kesegaran maksimum.

5. Arang aktif atau arang kayu.

Arang terkenal dengan kemampuannya menyerap bau dan kelembapan. Oleh itu, ia juga boleh digunakan untuk hilangkan bau peti ais.

Caranya:

  1. Ambil beberapa ketul arang kayu atau arang aktif dan letakkan dalam bekas terbuka. Pastikan bekas stabil dan tak mudah terbalik.
  2. Arang ini tahan lama, jadi cuma perlu tukar setiap 3 hingga 6 bulan bergantung pada keadaannya.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: zinkevych dari Freepik

Sumber: Tim Greenturae

Baca juga: Cara Simpan Daun Sup & Daun Ketumbar Agar Tahan Lama, Kekal Segar Macam Baru Beli!

Aimi

Recent Posts

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

1 hour ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

1 hour ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

3 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago