
Ramai yang suka makan asam pedas ikan pari, tapi selera terus hilang apabila bau hancing ikan pari itu terlalu kuat dan menyengat. Sebenarnya, ada cara mudah untuk hilangkannya.
Bau hancing itu datang daripada sifat semula jadi ikan pari yang mengeluarkan bahan seperti ammonia, terutama apabila ia sudah lama atau tak disimpan dengan betul.
Oleh sebab itu, orang dulu-dulu sering pesan kena pilih ikan pari yang segar sewaktu membelinya. Jika tak pilih betul-betul, maka dapatlah ikan pari yang berbau hancing.
Tapi sekarang anda tak perlu risau lagi kerana ada cara mudah dan cepat nak hilangkan bau hancing ikan pari. Paling menarik, anda boleh gunakan bahan dapur yang mudah saja.
CARA HILANGKAN BAU HANCING IKAN PARI

1. Mula-mula, cuci ikan pari seperti biasa.
2. Kemudian, buang kulit depan dan belakang ikan pari (inilah punca tangan rasa melekit selepas basuh tangan setelah makan ikan pari).
3. Selepas itu, rendam ikan pari dalam air limau selama 15 hingga 20 minit.
4. Akhir sekali, cuci ikan pari dengan bersih dan boleh gunakan untuk masak. Siap!

Sesetengah orang tak suka makan kulit ikan pari, jadi cara ini memang sesuai untuk dipraktikkan di rumah. Tapi berbeza pula caranya jika suka makan ikan pari bersama kulitnya.
Buat anda yang suka makan ikan pari tanpa perlu buang kulitnya, kena kikis lendirnya dahulu dan rendam dengan asam jawa atau limau. Setelah itu, baru hilang bau hancing tersebut.
Jika ikan pari masih membeku, elakkan untuk terus masak. Cairkan dahulu, baru guna kaedah rendam dan cuci seperti di atas. Ini penting supaya kaedah hilangkan bau itu lebih berkesan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Zizah Mizie
Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














