resepi kek minyak bakar

Masih ingat tentang kelembutan Kek Minyak air tangan nenek sewaktu kecil? Tak sangka, resepi Kek Minyak Bakar klasik itu masih digemari ramai sampai sekarang.

Kek Minyak ialah sejenis kek tradisional orang dulu-dulu yang menggunakan minyak masak sebagai bahan utama untuk menggantikan mentega atau marjerin.

Teringin nak rasa semula nostalgia itu, jom cuba resepi Kek Minyak Bakar yang dikongsikan oleh Atier Syah di Facebook. Versinya mudah, tapi hasilnya tetap gebu gebas. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Susu Pisang Paling Moist, Bau Harum Semerbak Satu Rumah

RESEPI KEK MINYAK BAKAR

resepi kek minyak bakar

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan tepung dan baking powder, ayak dan ketepikan.

2. Kemudian, pukul telur bersama gula dan ovallate sampai kembang dan gebu (lebih kurang 5 minit).

3. Selepas itu, masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sampai sebati.

4. Seterusnya, tambahkan minyak masak dan perasa, pukul sekadar adunan bergaul rata.

5. Kemudian, masukkan tepung yang telah diayak tadi, kaup balik dengan spatula sampai sekata.

resepi kek minyak bakar

6. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian, letakkan pewarna pilihan dan gaul rata.

7. Sediakan loyang 8 inci (boleh juga guna 9 inci), kemudian lapik dasar dengan kertas minyak.

8. Setelah itu, tuangkan adunan berselang-seli warna hingga habis.

9. Akhir sekali, bakar pada suhu 170°C selama 45 hingga 60 minit (bergantung oven, saya bakar 1 jam).

Selamat mencuba!

Sumber: Atier Syah

Baca juga: Kek Minyak Kukus Simple Guna Blender, Hasilnya Tetap Lembut & Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN