ayam berbau

Ayam berbau hanyir dan tidak segar walaupun baru dibeli? Mungkin ia disebabkan oleh cara pembersihan yang tidak betul.

Jika salah cara setiap kali membersihkan ayam, ia akan tidak tahan lama dan cepat berbau meskipun setelah dimasak.

Rupanya ada cara supaya ayam kembali segar dan kemerahan. Tips ini juga sesuai digunakan jika mahu menyimpan ayam di dalam peti sejuk beku dalam tempoh yang lama.

Menurut perkongsian oleh Rohaida Ieda, petua ini dijamin berkesan kembalikan kesegaran ayam. Mari ikuti perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Nak Tahu Beza Ayam Lama & Baru? Ini 5 Tips Memilih Ayam Segar Di Supermarket Atau Pasar

PETUA HILANGKAN AYAM BERBAU, LEBAM DAN KEKUNINGAN

Petua saya untuk bagi isi ayam kembali segar:

1. Ambil sedikit garam dan taburkan pada ayam yang sudah dicuci. Lumurkan sehingga rata.

2. Kemudian, biarkan selama 5 minit.

3. Seterusnya, cuci ayam seperti biasa. Isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar.

ayam berbau

Jika ayam masih berbau, mungkin ayam tersebut sudah lama dan hampir menjadi bangkai. Jadi, mari kita baca tips memilih ayam segar seperti di bawah:

  • Pastikan ayam yang nak dibeli mempunyai bau yang segar
  • Ayam segar apabila ditekan, ia akan memantul semula
  • Jika ayam berwarna kelabu atau kehitaman di sana sini seperti kesan lebam, ia menunjukkan ayam itu sudah tidak segar
  • Beli ayam yang baru disembelih
  • Ayam segar yang baru disembelih tak akan mengeluarkan darah yang banyak
  • Pastikan ayam yang dibeli mempunyai tongkeng berwarna putih kerana ia menandakan ayam telah diproses selepas ia betul-betul mati

Sumber: Rohaida Ieda, Bidadari

Baca juga: 7 Tips Pilih Cempedak Yang Manis & Isi Meriah, Baru Tak ‘Frust’ Beli Mahal-Mahal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN