Seorang doktor berkongsikan cara guna air fryer dengan betul supaya lebih sihat dan selamat untuk dimakan. Menurut Dr. Izzar Anwari di laman Instagramnya, beliau memuat naik satu perkongsian yang berkenaan risiko menggunakan air fryer.
Jika salah cara menggunakannya, ia boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian olehnya di bawah.
Baca juga: 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer
Boleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan ke?
Guna Air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70-80% dan lemak pun sikit je. Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak.
Contohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil. Dan acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser.
Baca juga: Cara Cuci Air Fryer Yang Betul. Baru Dijamin Bersih, Bebas Kuman & Tahan Lama
Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide ni. Dengan bertukar kepada masakan air fryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak/berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti. Takdela overweight atau obes. Barulah sihat kan.
Tapi ada satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer sekiranya kita masak makanan dalam TEMPOH YANG LAMA dan SUHU TINGGI (dia buat kajian dengan masak kentang).
Kalau nak elak terjadinya acrylamide ni, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook. Macam masak French fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow.
Kalau jadi warna brown, dah ada la acrylamide tu. Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak tu, lagi tinggilah kandungan acrylamide.
Kesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan overcook makanan ye. Saya pun guna airfryer hari2. Apa2 pun, amalkan pemakanan seimbang dan takyahla minum air2 manis. Baru betul haa
Sumber: Instagram Dr Izzar Anwar
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…
Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…
Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…
Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…