Categories: Resipi

Resipi Sup Daging Siam Tanpa Guna Banyak Minyak, Ini Tips Cepat Empuk

Jom cuba resepi sup daging siam perkongsian oleh Saudara Ben Safwan di bawah. Resipi ini bukan saja mudah dan sedap, malah tidak menggunakan banyak minyak.

Sup daging siam ini sama seperti di kedai masakan Thailand. Namun, empunya resipi ada mengolah sedikit mengikut cita rasanya.

Baca juga: Resipi Daging Harimau Menangis ‘Juicy’, Buat Sendiri Baru Puas Makan

RESEPI SUP DAGING SIAM

Bahan-bahan:

  • 500-800gm daging lembu tempatan
  • 200ml air

Bahan-bahan sup:

  • 500ml air
  • 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 1 batang saderi panjang
  • 1 batang akar daun ketumbar – ketuk
  • 4-5 tangkai daun ketumbar
  • 1-2 tangkai daun bawang
  • 2-3 cili padi Thai – ketuk
  • 1/2 bawang Holland saiz besar
  • 2 biji tomato – belah 4
  • 1 biji (saiz besar) limau nipis
  • 3 sudu makan sos ikan
  • Garam, serbuk perasa dan bawang goreng secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.

3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah Sup Siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api dapur, tutup periuk dan didihkan.

4. Bila sudah mendidih, perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.

Kredit resipi & foto: Ben Safwan

Baca juga: Resipi Ayam Masak Kicap Versi Tak Berkuah, Lagi Kering Lagi Sedap!

Wan N

Recent Posts

Roti Daging Cheese Ala Bigmac Guna Roti Biasa, Siap Dengan Sos Istimewa Homemade!

Terasa nak makan burger ala restoran makanan segera tetapi tak mahu keluar rumah? Roti daging…

3 hours ago

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

5 hours ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

5 hours ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

6 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

6 hours ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

7 hours ago