Ramai yang ‘frust’ bila goreng ayam, nugget, karipap, keropok lekor dan sebagainya di dalam air fryer, sebab hasilnya tidak garing dan tidak sedap.
Namun begitu, tidak dinafikan penggunakan air fryer dapat menjimatkan minyak. Masakan juga lebih sihat kerana tidak berendam dalam minyak yang banyak.
Jadi, MyResipi mahu berkongsikan tips semasa menggoreng supaya sama seperti menggoreng di dalam minyak. Cara ini sesuai untuk makanan yang memerlukan teknik ‘goreng’.
Baca juga: Masak Ikan Keli Guna Air Fryer, Hasilnya Garing Di Luar & ‘Moist’ Di Dalam!
CARA GORENG KEROPOK LEKOR GUNA AIR FRYER
Tips ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama, Khatijah Einie. Mari ikuti perkongsiannya di bawah.
“Akhirnya, dapat jugak hasil keropok lekor yang saya nak. Berapa kali dah goreng guna air fryer, tapi tak berapa menjadi. Kering sangat, kurang garing, lembik sangat.
Harini cuba gaul-gaul keropok dengan sesudu minyak masak, masuk air fryer guna suhu 200℃ selama 20 minit. Tadaaaaa, beginilah hasilnya. Garing di luar, lembut di dalam, sama seperti yang saya nak.”
Siapa yang sudah ada air fryer di rumah atau dalam perancangan nak beli air fryer, inilah cara mudah nak menggoreng. Jangan lupa praktikkan nanti ya!
Sumber: Khatijah Einie
Baca juga: 5 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer