Setelah beli sepapan telur, jangan terus buang kotaknya kerana anda boleh gunakan cara DIY dari kotak telur terpakai yang sangat mudah dan berguna di rumah.
Nampak seperti kotak biasa, tapi sebenarnya kotak telur mempunyai fungsi yang pelbagai guna di rumah setelah dibersihkan.
Kali ini, kami kongsikan beberapa cara DIY dari kotak telur terpakai yang sangat menarik untuk anda cuba. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: 5 Kegunaan Plastik Beras Terpakai, Mak-Mak Boleh Cuba Cara Ini Di Rumah!
1. Boleh dijadikan sebagai lapik tong sampah.
Kotak telur diperbuat daripada kertas yang mampu menyerap air dan menghilangkan bau busuk dalam tong sampah. Selain itu, air sampah juga takkan meleleh apabila anda keluarkan plastik sampah untuk dibuang nanti.
Cara untuk gunakannya adalah anda hanya perlu letakkan kotak telur di dalam tong sampah sebagai pelapiknya dan jangan lupa untuk potong dahulu mengikut saiz tong sampah di rumah.
2. Sebagai alas untuk periuk atau kuali panas di dapur.
Cara ini sangat berguna buat mereka yang suka memasak. Tiada alas besi pun tak mengapa, anda boleh gunakan kotak telur sebagai alas untuk periuk atau kuali yang panas di dapur.
3. Jika bakar, boleh guna untuk halau nyamuk.
Apabila berada di luar rumah pada waktu malam, pasti rimas dengan nyamuk berterbangan. Lebih-lebih lagi jika duduk di kawasan kampung, memang tak boleh bawa bincang.
Jika ada kotak telur terpakai di rumah, anda hanya perlu bakar sedikit pada bahagian hujungnya. Hasilnya, nyamuk dan serangga dapat dihalau dan pasti tak berani datang lagi.
4. Digunakan untuk susun barang dengan teratur.
Paling pantang tengok barang berselerak dalam laci atau rak di rumah, mesti jiwa tak tenteram. Dengan menggunakan kotak telur, anda akan dapat susun barang dapur dengan lebih teratur.
5. Sebagai tempat untuk tanam pokok.
Buat yang suka berbakti pada tanah, anda boleh gunakan kotak telur untuk menyemai biji benih. Selain itu, ia boleh digunakan untuk menanam pokok supaya berbuah lebat (biasanya orang guna untuk tanam cili atau bawang).
Cara DIY dari kotak telur ini bukan saja mudah dan kreatif, malah ia membuatkan anda berjaya mengamalkan kitar semula dan lebih berjimat di rumah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Mrs.CtieBakerys, Liputan6.com
Baca juga: 10 Fungsi Tepung Jagung, Boleh Hilangkan Bau Tong Sampah Juga
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…