Walaupun hanya makan nasi dengan berlaukkan sardin, ia sudah cukup memikat selera. Kali ini, kami nak kongsikan cara masak sardin yang cepat tanpa perlu goreng terlebih dahulu.
Jika dilihat sekali imbas, ikan sardin kelihatan seperti ikan mackerel. Namun, terdapat perbezaan dari segi saiz iaitu ikan mackerel biasanya lebih besar berbanding ikan sardin.
Selain menjadi makanan yang mudah dimasak ketika berkhemah, sardin juga telah menjadi pilihan ramai sebagai lauk yang ringkas di rumah.
Seorang pengguna di Facebook iaitu Mawar Merah telah kongsikan cara masak sardin yang menarik perhatian ramai kerana hasilnya tetap sedap walaupun tanpa goreng. Jom kita cuba!
Baca juga: Sardin Sambal Mudah Dan Cepat Siap, Satu Suap Je Terus Naik Selera!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi merah terlebih dahulu.
2. Selepas itu, tumis bahan tumbuk atau cili kering kisar sampai naik bau.
3. Kemudian, masukkan halia ketuk, cili padi, sos sardin dan masak sampai mendidih.
3. Seterusnya, masukkan sardin, air asam jawa, kentang dan gaul-gaul manja tapi jangan sampai sardin hancur.
4. Apabila sambal sudah masak, boleh masukkan bawang yang telah dipotong bulat. Kemudian, letak sedikit garam atau perasa. Siap untuk dihidang!
Ramai kata jika tak nak sardin bau hanyir, kena goreng dahulu. Namun, cara masak sardin seperti ini lebih mudah dengan memasukkan halia ketuk bersama air asam jawa supaya lebih sedap dan tak berbau.
Manalah tahu hari ini mood nak masak secara ringkas saja, bolehlah guna cara masak sardin yang sedap tak terkata ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Mawar Merah
Baca juga: Resepi Karipap Sardin Guna Roti Gardenia, Kulit Dan Inti Cukup Rasa!
Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…