Categories: Tips & Petua

Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

Nak masak cepat, tapi lupa pula keluarkan ayam yang masih beku dalam peti sejuk. Oleh sebab itu, anda perlu belajar cara defrost ayam dengan lebih cepat.

Defrost atau dikenali juga dengan istilah nyahbeku, merupakan proses pencairan bahan makanan beku seperti ayam, daging, ikan dan lain-lain sebelum akhirnya diproses menjadi makanan.

Tak dinafikan anda akan mengambil masa yang lama untuk defrost ayam yang telah beku di dalam peti sejuk dan memang jenuh menunggunya.

Selain rendam dalam bekas aluminium, ada cara defrost ayam yang cepat untuk lembutkan isinya dan ia tak perlu direndam lama-lama.

Syamili Majid telah kongsikan cara defrost ayam paling pantas yang membuatkan ramai teruja untuk mencubanya di rumah. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Bersihkan Air Fryer Berminyak Tanpa Sental, Guna 2 Bahan Je Terus Berkilat!

CARA DEFROST AYAM DENGAN CEPAT

Bahan-bahan:

  • Garam
  • Cuka
  • Air panas

Cara-cara:

1. Mula-mula, keluarkan bekas berisi ayam yang sudah dibekukan daripada peti sejuk.

2. Selepas itu, taburkan garam, cuka dan air panas ke dalam bekas berisi ayam tadi.

3. Biarkan saja selama 5 minit, sementara itu boleh siapkan bahan-bahan masak yang lain.

4. Akhir sekali, boleh keluarkan airnya dan ayam sudah lembut. Siap untuk digunakan!

Setelah menggunakan cara defrost ayam ini, anda pasti sangat gembira kerana dalam masa 5 minit saja, ayam tak melekat dan boleh terus digunakan untuk memasak.

Selain ayam, anda juga boleh gunakan tips ini untuk defrost makanan sejukbeku yang lain seperti daging, ikan, sotong, udang dan sebagainya.

Jika ada ahli keluarga yang masih menunggu ayam yang dibekukan untuk lembut, anda boleh ajarkan tips yang berguna ini kepada mereka.

Jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan yang suka memasak di rumah juga. Mungkin ada di antara mereka yang masih belum tahu caranya.

Selepas ini, anda tak perlulah risau jika terlupa keluarkan ayam dari peti sejuk untuk masak nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Syamili Majid

Baca juga: Tips Simpan Tauhu Tahan Lama, Dah Lebih Seminggu Pun Masih Putih Bersih

Aimi

Recent Posts

Resipi Sup Kaki Ayam Tanpa Tumis, Ada ‘Petua’ Kalau Nak Lagi Sedap!

Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…

6 mins ago

Nasi Lemak Sedap Tanpa Santan, Lebih Berselera Makan Dengan Sambal Kosong

Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…

55 mins ago

9 Makanan Instant Wajib Dibawa Ketika Travel, Yang ‘Last’ Tu Serius Berguna!

Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel.…

21 hours ago

Tip Tanam Pokok Daun Kesum, Guna Petua Ini Dijamin Lebat Merimbun!

Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…

24 hours ago

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…

24 hours ago

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…

24 hours ago