defrost ayam

Kebanyakan mak-mak bila nak defrost ayam, mereka letak dalam besen berisi air paip dan biarkan tepi singki. Nampak macam biasa, tapi tindakan ini sebenarnya boleh jadi risiko kesihatan kalau tidak dilakukan dengan betul.

Kenapa berbahaya? Bila ayam dibiarkan pada suhu bilik melebihi 2 jam, bahagian luar ayam akan cair, tapi bahagian dalam masih beku. Pada masa inilah bakteria seperti Salmonella dan E. coli mula membiak dengan pantas.

Suhu bilik ini dipanggil “Danger Zone”, di mana jumlah bakteria boleh berganda dua kali ganda setiap 20 minit. Bayangkan, dari pagi hingga tengah hari, berapa juta bakteria telah membiak di permukaan ayam tersebut.

Walaupun anda basuh ayam dengan bersih, toksin yang dihasilkan oleh bakteria tertentu mungkin tidak hilang sepenuhnya walaupun dimasak. Jadi, bagaimana cara yang betul untuk nyahbeku (defrost) ayam supaya selamat dimakan?

Baca juga: Rahsia Dapur Tak Jadi ‘Tempat Lepak’ Lalat, Petua Berkesan Guna Bahan Semula Jadi!

CARA DEFROST AYAM & DAGING YANG BETUL

defrost ayam

1. Pindah ke Chiller (Peti Sejuk Bawah)

Ini adalah cara paling selamat. Malam sebelum dimasak, keluarkan ayam dari freezer dan letak dalam chiller. Biarkan ia cair perlahan-lahan pada suhu sejuk yang terkawal.

2. Air Mengalir

Letakkan ayam dalam plastik yang ‘sealed’, kemudian alirkan air paip sejuk ke atasnya. Jangan rendam dalam air bertakung, sebaliknya gunakan air mengalir untuk elak bakteria membiak.

3. Fungsi Defrost Microwave

Jika terdesak, boleh guna microwave. Tapi ingat, selepas defrost, ayam mesti terus dimasak. Jangan simpan semula ke freezer.

Sebenarnya, benda kecil seperti ini boleh elak satu famili sakit perut selepas makan. Jangan ambil mudah ya!

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Petua Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur, Cara Semula Jadi Tanpa Guna Racun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN