Categories: Resipi

Resipi Tomyam Campur Kuah Pekat Berkrim, Masam Pedas Memang Tak Cukup Semangkuk!

Cara buat tomyam campur ini sesuai untuk hidangan yang terasa lebih istimewa dengan kuah yang pekat, berkrim, dan penuh rasa. Campuran rasa pedas, masam, dan lemak menjadikan setiap hirupan kuah begitu menyelerakan.

Berbeza daripada tomyam biasa, susu cair yang ditambah memberikan tekstur yang lebih lembut dan rasa yang sedikit berkrim. Kuahnya tetap mempunyai rasa tomyam yang kuat, tetapi dengan sentuhan yang lebih lemak dan seimbang.

Paling menarik, kuahnya yang kaya dengan rasa memang sesuai dinikmati ketika masih panas untuk rasa tomyam yang lebih memuaskan.

Baca juga: Tomyam Sotong Versi Diet, Resipi Simple Masam Pedas Yang Sedap Dan Rendah Kalori

CARA BUAT TOMYAM CAMPUR

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 3 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 batang serai, dihiris
  • 2 helai daun limau purut, dibelah tengah
  • 2 batang akar daun ketumbar
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 5–6 ekor udang, ambil kepala dan kulit
  • 200 g ayam, dipotong kecil dan direbus
  • 2–3 ekor sotong, dipotong kecil
  • 1 batang lobak merah, dihiris
  • 100 g kubis putih, dipotong kecil
  • 1 biji bawang Holland, dihiris
  • 1 genggam daun ketumbar, dipotong kasar
  • 1 biji limau purut
  • 3 cawan air
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah, serai, daun limau purut, kepala udang dan akar daun ketumbar sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang ditumis ke dalam pengisar bersama sedikit air, kemudian kisar sehingga halus.
  3. Panaskan semula minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta serai.
  4. Masukkan ayam yang telah direbus dan kacau hingga sebati.
  5. Tambahkan serbuk cili dan tumis sehingga pecah minyak serta warnanya menjadi lebih cantik.
  6. Dalam periuk besar, masukkan air, pes tomyam dan daun limau purut.
  7. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
  8. Tuangkan bahan kisar bersama air rebusan ayam, kemudian masukkan sotong dan sayur-sayuran.
  9. Masukkan susu cair, bawang Holland dan daun ketumbar.
  10. Perasakan dengan garam dan jus limau purut mengikut cita rasa.
  11. Biarkan sup mendidih dan masak hingga semua bahan matang.
  12. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @hana_heleena

Baca juga: Resipi Tomyam Ikan Siakap Padu, Kuah Masam Pedas Menyengat & Pasti Membuka Selera!

Izzati

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

1 day ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

1 day ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

1 day ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

1 day ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

2 days ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

2 days ago