Categories: Resipi

Resipi Mi Rebus Kuah Pekat, Tabur Keropok Lagi Nikmat Makan Ada Bunyi ‘Kriuk-Kriuk’!

Kalau mencari resipi mee rebus yang kuahnya pekat, berempah dan cukup rasa, boleh cuba versi ini. Kuahnya dimasak menggunakan keledek, daging serta bahan kisar yang ditumis hingga garing sebelum dicampurkan dengan air rebusan daging.

Menariknya, mi rebus ini turut ditabur keropok rangup yang dibuat sendiri. Teksturnya yang rangup memberikan rasa dan bunyi ‘kriuk-kriuk’ setiap kali menikmati mi bersama kuah yang pekat.

Hidangkan pula dengan telur rebus, tauhu goreng, taugeh, daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Kalau suka rasa lebih pedas dan masin-manis, boleh tambah hirisan cili hijau serta sedikit kicap sebelum makan.

Baca juga: Resipi Mi Hailam Penuh Lauk & Kuah Pekat, Sekali Hidang Terus Semua Nak Cedok!

RESIPI MEE REBUS & KEROPOK RANGUP

Bahan-bahan:

  • 1 pek mi kuning
  • 500 gram daging tetel (direbus)
  • 500 gram daging (direbus)
  • 2 biji keledek (direbus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 5 sudu besar rempah kari daging
  • 2 keping asam keping
  • 4 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Air rebusan daging secukupnya

Bahan kisar:

  • ½ cawan taucu
  • 4 sudu besar udang kering (direndam)
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 sudu besar cili boh

Cara-cara buat kuah mi rebus:

  1. Masukkan taucu, udang kering, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan cili boh ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai hingga betul-betul garing.
  3. Masukkan rempah kari daging dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam keping, daging tetel dan daging yang telah direbus.
  5. Tuangkan air rebusan daging secukupnya dan gaul rata.
  6. Biarkan kuah mendidih dan masak seketika supaya semua bahan sebati.
  7. Kisar keledek yang telah direbus bersama air rebusan daging hingga halus.
  8. Masukkan keledek kisar ke dalam kuah dan kacau sebati.
  9. Perasakan dengan garam dan gula mengikut cita rasa. Biarkan kuah mendidih sehingga mendapat kepekatan yang diingini.
  10. Untuk menyediakan mi, celur mi kuning dan masukkan ke dalam mangkuk.
  11. Tuangkan kuah mi rebus dan letakkan bahan hiasan yang disukai.

Bahan hiasan:

  • Telur rebus
  • Tauhu goreng (dihiris)
  • Daun sup (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Tauge
  • Limau kasturi
  • Kicap jika suka
  • Cili hijau (dihiris)

Hidangkan mi rebus bersama telur, tauhu, tauge, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Perahkan limau kasturi sebelum makan dan tambahkan kicap atau cili hijau jika suka.

Bahan keropok kriuk-kriuk:

  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar udang pepai
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk kunyit

Cara buat keropok:

  1. Campurkan tepung beras, tepung gandum, udang pepai, telur, garam dan serbuk kunyit.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga mendapat adunan yang boleh dituang menggunakan sudu.
  3. Panaskan minyak yang mencukupi. Tuangkan adunan sedikit demi sedikit menggunakan sudu ke dalam minyak panas.
  4. Goreng sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
  5. Taburkan keropok di atas mi rebus sebelum dihidangkan.

Kredit sumber: Zara Jane Al Qadry

Baca juga: Resipi Spageti Buttermilk ‘Creamy’ Dengan Ayam Popcorn Rangup, Dah Cuba Sekali Mesti Nak Ulang Lagi!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago