telur sarang

Makan laksa penang kalau tak ada telur sarang, memang tak lengkap. Ada sesetengah tempat, susah nak jumpa orang jual telur sarang ni.

Jadi, apa kata jom cuba buat sendiri je di rumah. Hasilnya sama macam makan di kedai.

Ikut saja perkongsian oleh Yaya Ismail di bawah. Ada teknik yang perlu diikuti, confirm menjadi!

Baca juga: Kruk Kruk! Ini 7 Petua Pisang Goreng ‘Super’ Rangup Walaupun Dah Sejuk

CARA BUAT TELUR SARANG

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 2 ½ sudu makan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara:

1. Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak.

2. Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih.

3. Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar.

4. Kecilkan api dan tunggu telur sehingga menjadi garing.

5. Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing.

6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.

7. Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak.

Kredit resipi dan gambar: Yaya Ismail

Baca juga: Daging Goreng Kunyit Berempah Kelantan ‘Style’, Dijamin Lembut & Tak Liat!

Baca juga: Resipi Sardin Roll Homemade, 3 Cawan Tepung Gandum Boleh Dapat 22 Biji

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN