resepi sardin roll

Jom cuba resepi sardin roll ini. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang. Lebih sedap jika dimakan panas-panas, satu memang tak cukup!

Ramai anggap kuih ini susah untuk dibuat. Sedangkan ia antara sajian yang sangat mudah dan jimat kerana tidak menggunakan banyak bahan.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resepi sardin roll yang dikongsikan oleh Norzaiha Razali di bawah. Boleh buat banyak terus dan bekukan, bila nak makan tinggal goreng saja.

Baca juga: Resipi Dorayaki Homemade, Nak Tahan Lama Kena Ikut Cara Ini

RESEPI SARDIN ROLL HOMEMADE

Bahan-bahan doh kulit:

  • 1 ½ sudu makan + lebihan sedikit planta
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 3 cawan rata tepung gandum
  • Garam halus secukupnya
  • Air sejuk secukupnya

Cara-cara buat doh kulit:

1. Mula-mula ambil 1 ½ sudu makan planta.

2. Kemudian untuk sudu kedua, ambil sebanyak ini.

3. Cairkan planta bersama 3 sudu makan minyak masak. Bila cair, tutup api. Tujuan untuk merangupkan kulit Sardin Roll.

4. Ambil tepung gandum 3 cawan rata. Letak dalam bekas besar supaya mudah untuk menguli nanti.

5. Letak planta yang cair tadi di tengah-tengah tepung. Buat lubang kecil di tengahnya supaya minyak bertakung.

6. Gaul tepung dengan sudu sebab planta masih panas.

7. Letak garam sebanyak ini 3 kali. Sukatan hujung sudu begini untuk 1 cawan tepung.

8. Bila telah sejuk, gaul tepung menggunakan tangan. Gaul rata sampai tepung jadi relai.

9. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit semasa menguli. Guna tak sampai secawan air pun. Letak sikit air, kemudian uli, letak sikit uli. Ulang sampai jadi doh. Jangan terlebih air, nanti doh lembik.

10. Uli sampai doh jadi macam ni dan tidak melekat di tangan.

resepi sardin roll

11. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulatkan. Tujuannya untuk mudah menggelek nanti. Akan dapat 22 biji doh kecil.

resepi sardin roll

12. Tutup doh dan biarkan seketika.

INFO: Lepas uli doh tidak boleh terus digelek. Sebab nanti doh akan mengecut. Biarkan seketika. Sementara tunggu doh rehat, boleh buat sambal sardin.

Bahan-bahan sambal sardin:

  • 1 tin sardin saiz sederhana
  • 3 sudu makan kisaran bawang putih & bawang merah kisar
  • 1 ½ sudu makan cili boh
  • 6 sudu maka minyak masak
  • 1/3 sudu makan pes asam jawa
  • Sedikit air
  • Gula melaka secukupnya
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara buat sambal sardin:

1. Panaskan minyak dan tumis kisaran bawang dan cili boh hingga garing dan pecah minyak.

2. Ambil asam jawa sebanyak ini.

3. Bancuh asam jawa dengan sedikit air. Kemudian tuang ke dalam periuk menumis tadi.

4. Gaul lagi bahan tumisan. Jika kering, tambah sedikit sahaja air supaya tumisan tidak terlalu kering.

5. Masukan manisan @ gula melaka sebanyak ini. Gula melaka boleh dilenyek atau disagat terlebih dahulu supaya cepat larut.

6. Ambil sardin saiz sederhana seperti ini. Saiz ni memang cukup inti untuk doh 3 cawan tepung.

7. Masukkan sardin bersama kuahnya sekali. Kemudian letak garam secukupnya.

8. Kacau sambal sambal meleyek ikan sardin. Ia bertujuan untuk mencepatkan kuah kering.

9. Bila sambal telah kering. Padamkan api. (empunya resipi suka sambal sedikit basah jadi sambalnya tidak kelihatan terlalu kering. Jika suka pedas, boleh tambah cili mengikut cita rasa)

resepi sardin roll

Cara menggulung sardin:

1. Taburkan tepung dalam bekas supaya Sardin Roll tidak melekat.

2. Ambil satu doh yang dibulatkan tadi. Gelek macam ni terlebih dahulu.

3. Kemudian gelek ke atas bagi membentuk muncung macam ni.

4. Seterusnya gelek ke bawah pula. Gelek rata dan nipis sampai bentuk jadi macam ni. Pastikan gelek sehabis nipis ya. Sebab nanti doh akan digulung. Jika tidak nipis, nanti bila gulung, kulit Sardin Roll jadi tebal dan tak sedap.

5. Hiris doh macam ni. Tujuannya untuk corak sahaja. Kalau tak mahu hiris pun tidak mengapa. Kemudian, letak inti di bawah.

resepi sardin roll

6. Untuk menggulung, pegang hujung kiri dan kanan semasa menggulung. Tempat ank panah tu. Jangan pegang di tengah semasa gulung.

resepi sardin roll

7. Gulung sampai jadi macam ni. Ulang langkah sama hingga habis doh dan inti.

resepi sardin roll

8. Susun sardin roll dalam bekas. Tabur sedikit tepung gandum.

resepi sardin roll

9. Lapikkan dengan plastik sebelum menindan sardin roll supaya tidak melekat. Jika mahu digoreng keesokan hari, tidak perlu simpan di bahagian beku. Jika mahu dibekukan dalam tempoh lama, goreng separuh masak terlebih dahulu.

10. Goreng sehingga kekuningan menggunakan api perlahan. Jangan guna api besar kerana kulit akan jadi gelembung.

resepi sardin roll

Tips: Jika mahu sardin roll rangup dan tahan lama, sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas tertutup.

Kredit resipi: Norzaiha Razali

Baca juga: Resipi Roti Paung Terengganu Terlajak Gebu, Uli Doh Guna Tangan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN