cara buat sup ayam

Jom pelajari cara buat sup ayam tumis darat ini. Resipi istimewa hasil perkongsian oleh Puan Alynn Johanariffin memang cukup mudah dan ringkas untuk disediakan.

Seperti yang ramai sudah ketahui, tumis darat bermaksud bawang serta beberapa bahan lain ditumis secara berasingan dan kemudiannya dituang ke dalam sup.

Aroma sup ayam akan menjadi sangat wangi dan menyelerakan! Harumannya juga akan merebak ke satu rumah. Suami dan anak-anak pasti tidak sabar untuk menjamahnya.

Baca juga: Resipi Sup Ayam Lada Hitam Tanpa Guna Minyak, Yang Tak Sihat Terus Rasa Segar!

CARA BUAT SUP AYAM TUMIS DARAT

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam
  • Sup bunjut
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Asam limau
  • Kiub pati ayam
  • Tomato
  • Daun sup

Bahan tumis:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • 4 sekawan

Cara memasak:

1. Didihkan air dalam periuk. Rebus ayam bersama sup bunjut, ubi kentang, lobak merah dan putik jagung.

2. Bila ayam kelihatan sudah masak, perahkan asam limau dan masukkan juga kiub pati ayam.

3. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan 4 sekawan sehingga garing. Apabila semua bahan ini sudah garing, masukkan ke dalam sup tadi.

4. Campakkan tomato dan taburkan daun sup.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

cara buat sup ayam

Kredit resipi dan gambar: Alynn Johanariffin

Baca juga: Cara Buat Sup Ayam Siam Masam-Masam Pedas, Punya Rasa & Aroma Tersendiri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN