Categories: Resipi

Cara Buat Soto Ayam Sedap Merecik, Tak Sedar Boleh Habis 2 Mangkuk!

Jom MyResipi kongsikan cara buat soto ayam yang memang padu! Soto paling enak dimakan bersama sambal kicap pedas, bergedil dan ditambah dengan suhun rangup. Memang tak sedar boleh habis dua mangkuk!

Tak susah pun nak buat soto ini. Bila buat sendiri, lebih puas hati dan boleh makan berkali-kali. Selain itu, kami juga ingin kongsikan rahsia untuk memastikan sambal kicap tahan lama dan bergedil tidak pecah.

Baca juga: Resipi Mi Rebus Utara Kuah Pekat, Buat Banyak Kali Pun Tak Rasa Jemu!

CARA BUAT SOTO AYAM SEDAP MERECIK

Resipi Sup Soto

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong kepada 4 bahagian
  • 3 sudu besar rempah soto/rempah sup
  • ¼ sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 jug air
  • Rempah 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan bersama bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  2. Masukkan ayam bersama rempah soto atau rempah sup. Jika tiada rempah soto, boleh gantikan dengan rempah sup.
  3. Kacau hingga sebati dengan ayam. Setelah itu, tuangkan air dan masukkan serbuk lada putih. Perasakan dengan garam.
  4. Masak hingga sup mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
  5. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan goreng hingga bahagian luar garing.
  6. Angkat ayam dan carik-carikkan isi ayam sebelum dihidangkan bersama soto.

Resipi Sambal Kicap Ketagih

Bahan-bahan:

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap manis secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng cili padi serta bawang putih seketika.
  2. Patahkan cili padi sebelum menggoreng supaya tidak meletup. Ini juga membantu sambal kicap tahan lebih lama dan lebih sedap.
  3. Setelah digoreng, kisarkan cili dan bawang putih bersama kicap manis. Pastikan kicap cukup untuk menutup paras cili.
  4. Kisar hingga semuanya hancur dan sebati.

Resipi Bergedil

Bahan-bahan:

  • 5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal ½ inci
  • 3 sudu besar daging cincang / ayam cincang
  • 3 sudu besar bawang goreng
  • Sedikit daun sup – dihiris halus
  • ¼ sudu kecil serbuk lada putih
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur ayam

Cara-cara:

  1. Goreng kentang hingga lembut dan kekuningan.
  2. Ketika masih panas, lenyekkan kentang hingga halus.
  3. Masukkan daging cincang, bawang goreng, daun sup, lada putih dan garam. Gaul hingga sebati, kemudian bentukkan menjadi bergedil.
  4. Panaskan minyak dalam kuali.
  5. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, kacau sedikit.
  6. Celupkan bergedil ke dalam telur, kemudian goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
  7. Tunggu bahagian bawah bergedil sedikit keras sebelum membalikkan supaya bergedil tidak pecah.

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Resipi Mi Goreng Basah Yang Pekat Elok, ‘Berlemoih’ Mulut Bila Makan!

Wan N

Recent Posts

Kulit Pisang Cepat Bertukar Hitam & Lebam? Cuba 6 Cara Ini, Lepas Lima Hari Pun Tahan Lagi!

Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…

2 hours ago

Resipi Fish Ball Homemade Guna Isi Ikan Selayang, Mudah Rupanya…Uli Uli Siap!

Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…

3 hours ago

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

6 hours ago

Bila Daging Empuk Bertemu Kuah Pekat Yang Kaya Rasa! Ini Resipi Beef Stew Ala Barat Wajib Cuba

Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…

7 hours ago

Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…

7 hours ago

Cara Simpan Ayam Goreng Kunyit Untuk Stok Seminggu, Balik Kerja Terus Boleh Masak

Balik kerja dalam keadaan penat, mestilah nak masak sesuatu yang mudah dan cepat. Sebab itu,…

8 hours ago