Categories: Resipi

Sira Labu Berkilat Cara Mudah, Manisan Wajib Kenduri Kahwin Kelantan

Sira Labu manisan yang sangat sinonim dengan rakyat Kelantan. Tatkala masjid kenduri kahwin, ia merupakan salah satu manisan yang disajikan kepada tetamu.

Begitu juga di majlis-majlis kenduri kendara dahulu kala. Sira Labu adalah salah satu manisan wajib ada. Namun kini, agak jarang menjumpai manisan ini.

Baca juga: Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap

Alang-alang tengah cerita bab labu, kat sini daku kongsikan sekali apakah khasiat labu ni pada tubuh badan kita sehinggakan Rasulullah SAW sendiri suka makan labu ini.

Antara kebaikan Labu ialah amat berkhasiat dan boleh di makan daripada daun, buah sehinggalah kepada bijinya. Jika isi labu bagus untuk jantung dan usus, daun untuk ubati luka maka biji pula bagus di kalangan wanita terutama yang telah berada di dalam golongan menopause. 

Ia juga kaya dengan vitamin A dan C. Makan labu baik untuk jantung dan mengandung serat, kalium dan vitamin C yang sangat baik untuk jantung. Aisyah (ra) juga pun pernah diperintahkan oleh Rasulullah SAW ketika memasak untuk menambahkan labu yang lebih banyak karena dapat memperkuatkan jantung.

Bagi anda yang teringin nak rasa atau rindu nak makan dessert ini, Nor Azneyani Zakaria ada kongsikan resipinya. Lembut berkilat hasilnya! Persis air tangan orang tua dulu-dulu. Pasti sedap. Jom cuba!


Resipi Sira Labu

Bahan-bahan:

  • 1 biji labu
  • 5 keping gula melaka
  • 2 sudu makan gula
  • 2 helai daun pandan
  • Kapur makan secukupnya

Cara memasak:

1. Bersihkan labu dan potong menjadi kepingan ‘wedges’ sederhana tebal. Kulit labu terpulang. Boleh dikupas atau dibiarkan sahaja.

2. Lumur kepingan labu tadi dengan kapur makan dan biarkan selama 3 jam. Selain dilumur, anda juga boleh merendamnya dengan air kapur. Tujuan kapur digunakan adalah supaya labu tidak lembik dan hancur apabila disira.

3. Cukup masa, bersihkan sisa kapur pada kepingan labu dan basuh bersih. Toskan.

4. Masukkan labu, daun pandan, gula dan gula melaka ke dalam periuk. Tidak perlu tambah air.

5. Masak guna api perlahan sehingga labu masak dan meresap bahan sira.

6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.


Memang mudah saja kan? Tinggal sejukkan kemudian sedia untuk dinikmati. 

Selamat mencuba!

Baca juga: Jom Buat Lepat Labu Inti Kelapa Yang Lembut Dan Sedap, Guna Cara Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!

Ramai yang gunakan telur dalam masakan harian dan boleh dikatakan ia antara bahan yang wajib…

14 mins ago

Kek Coklat Moist Sedap Sukatan Cawan, Resipi Ini Serius Tangkap Leleh!

Setiap kali dapat makan Kek Coklat Moist sedap, mesti rasa nikmat yang tak terhingga. Kali…

17 mins ago

Putu Belanda Terlajak Lembut, Wanita Ini Dapat Resipi Dari Kawan Indonesia

Sekali-sekala nak buat hidangan pencuci mulut yang menarik dari negara seberang, jadi kami cadangkan anda…

21 mins ago

Resepi Nasi Goreng Cina Buat Ramai Ketagih, Cuba Sekali Mesti Nak Lagi

Apabila lihat banyak lebihan nasi, terus terlintas nak buat nasi goreng di rumah. Jika begitu,…

3 hours ago

Popia Goreng Pedas Manis, Rangupnya Boleh Tahan Sampai Ke Petang

Antara resipi popia yang menjadi kesukaan ramai sehingga sekarang semestinya Popia Goreng pedas manis. Jangan…

5 hours ago

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

23 hours ago