singgang daging

Hari Raya Korban bakal tiba tidak lama lagi. Pasti ramai yang sudah mula mencari resipi daging untuk dimasak nanti kan? Haa, resipi singgang daging ni wajib kalian cuba.

Hidangan ini terkenal di Kelantan dan Terengganu. Pasti ramai yang tak pernah merasa hidangan.

Boleh simpan siap-siap resipi ini, nanti bolehlah masak untuk seisi keluaga. Gandingkan dengan telur dadar, ulam dan budu pasti memikat selera!

Baca juga: Petua Paling Mudah Nak Lembutkan Daging, Hanya Perlu Letak ‘Satu Bahan’ Ini

RESIPI SINGGANG DAGING SEDAP & LAZAT

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Belacan
  • Cili api
  • Serai yang dititik
  • Asam keping
  • Daging

Cara-cara:

  1. Ketuk semua bahan-bahan terlebih dahulu. Hiris nipis daging.

  2. Masukkan air sehingga menddih. Kemudian baru masukkan semua bahan kecuali asam keping.

  3. Bila bahan tadi dah masak atau air dah mendidih, baru masukkan daging.

    singgang daging

  4. Tunggu daging separuh masak, masukkan pula asam keping.

  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula (atau guna gula melaka).

  6. Renehkan daging sehingga empuk. Siap untuk dimakan.

    singgang daging

Nampak sedap kan hindangan daging singgang ni? Anda semua boleh cuba masak nanti ya. Selamat mencuba!

Kredit: Shareena Nana

Baca juga: Cara Buat Daging Bakar Harimau Menangis & Sos Ala Thai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN