cara buat satay

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di rumah. Paling teruja, kami telah jumpa cara buat Satay Bhalut yang mudah.

Satay Bhalut merupakan idea sate paling kreatif dan menarik yang dibuat dengan cara membalutkan daging sate bersama kulit popia.

Orang Malaysia memang tak mudah ketinggalan untuk mencuba sesuatu yang baru. Lebih-lebih lagi jika makanan tersebut viral di media sosial, mestilah wajib dicuba.

Buat anda yang suka makan makanan viral, boleh ikut cara buat Satay Bhalut yang dikongsikan melalui video oleh rosesshop di TikTok. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Sate Ayam & Daging Guna Air Fryer, Ada Rahsia Hasil Berkilat!

CARA BUAT SATAY BHALUT

cara buat satay

Bahan-bahan:

Cara-cara buat satay:

1. Mula-mula, grill sate frozen atas kuali frying pan sehingga masak.

2. Selepas itu, bancuh sedikit tepung gandum dengan air untuk dijadikan sebagai gam semasa melekat kulit popia.

3. Kemudian, boleh gulung sate dengan kulit popia seperti dalam gambar.

cara buat satay

4. Akhir sekali, panaskan minyak masak dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Selain menggunakan sate frozen, anda juga boleh gunakan resipi sate yang kami turut kongsikan dalam artikel ini. Tambahan pula, hasilnya sangat berjus dan sedap dimakan.

Begitu mudah cara buat Satay Bhalut ini dan kami yakin keluarga anda di rumah akan menyukainya. Nak tambah lebih sedap, anda boleh nikmatinya bersama sos pencicah yang lazat.

Kerangupan kulit popia bersama daging sate yang enak, dicicah pula dengan sos pasti membuatkan anda makan sampai tak berhenti. Silap-silap, teringin nak buat lagi nanti.

Resipi Satay Bhalut ini cepat siap tanpa jalan kerja yang renyah. Jadi, ia adalah idea menarik untuk anda jadikan sebagai minum petang atau menjamu tetamu yang datang ke rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: rosesshop

Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN