Bila dah tiada idea nak masak apa, jom cuba Resipi Sambal Ikan Bilis Rangup ini pasti dapat menaikkan selera.
Satu lauk ini pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas. Tak perlu banyak lauk pun!
Nak cuba? Jom ikuti resipi hasil perkongsian oleh Puan Liza Idris. Semoga bermanfaat!
1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
2. Panaskan minyak, masukkan cili yang sudah dikisar dengan bawang tadi.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan 1 sudu gula. Lebihkan kalau suka manis.
4. Letakkan 1 kiub ayam, hancurkan dahulu. Kacau dan biar sehingga pecah minyak.
5. Masukkan 1 gelas air dan kacau rata. Perahkan juga sebiji limau, kalau kurang masam boleh perahkan lagi sebiji.
6. Letakkan 2 sudu kicap. Biarkan sambal seakan hampir kering. Boleh tutup api.
7. Masukkan ikan bilis dan bawang goreng. Kacau rata.
Siap! Selamat mencuba.
Kredit: Liza Idris
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…