resepi puding jagung kastard

Waktu panas memang nikmat dapat makan semangkuk puding daripada peti sejuk. Dalam banyak-banyak jenis puding, resepi Puding Jagung Kastard yang paling mudah dibuat.

Puding Jagung Kastard merupakan pencuci mulut yang lembut, manis dan berlemak dengan aroma jagung yang harum. Oleh sebab itu, ia disukai kanak-kanak mahupun dewasa.

Mami Marsya Ummu Aisyah telah kongsikan cara buat Puding Jagung Kastard yang sedap di Facebook. Bukan setakat caranya mudah, malah hasilnya lembut berkrim. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Puding Tiramisu Kastard, Lembut Berkrim Sampai Melekat Di Hati

RESEPI PUDING JAGUNG KASTARD

resepi puding jagung kastard

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 1 tin krimer jagung
  • Sedikit garam
  • 1 susu tin cair

resepi puding jagung kastard

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, campurkan semua bahan dalam satu periuk.
  2. Kacau sampai semuanya sebati dan tiada ketulan tepung.
  3. Hidupkan api, teruskan kacau sampai adunan jadi likat dan berkilat.
  4. Apabila sudah cukup pekat, cepat-cepat tuang ke dalam bekas sementara masih panas.
  5. Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak dan menyegarkan.

Puding Jagung Kastard sesuai dijadikan sebagai hidangan pencuci mulut untuk keluarga di rumah atau sebarang jamuan. Setelah sejuk, setiap suapan terasa menyegarkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Mami Marsya Ummu Aisyah

Baca juga: Puding Roti Kastard Leleh Dan Cair Di Mulut, Rasa Sekali Mesti Nak Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN