Penggemar puding gula hangus atau puding karamel wajib cuba resipi perkongsian oleh saudari Khairun Nisa ini kerana sangat cara penyediaannya sangat ringkas dan senang untuk dicuba.
Tip paling penting adalah jangan kacau dengan berlebihan untuk mendapatkan tekstur yang tidak berongga. Selain itu, selepas puding masak perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan supaya puding tidak hancur.
Makan petang-petang kat luar rumah bersama seisi keluarga pasti membuatkan rasanya lebih sempurna. Yang penting, kena makan sejuk-sejuk baru lebih nikmat! Lihat resipi lengkap di bawah.
1. Masukkan 1/2 cawan gula ke dalam kuali. Masak sehingga gula bertukar keperangan, jangan sampai hangus pula nanti rasa hangit.
2. Masukkan ke dalam loyang 7 inci.
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan letakkan juga esen vanilla.
4. Masukkan pula air, susu cair, susu pekat dan kacau sebati. Jangan terlalu lama nanti puding jadi berongga.
5. Tapiskan adunan semasa tuang ke dalam loyang.
6. Kukus selama 25 hingga 30 minit atau sehingg masak.
7. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan atas pinggan supaya tidak hancur. Selamat mencuba!
Kredit: Khairun Nisa
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…