Categories: Resipi

Resipi Ayam Perap Mayo Jilat Jari, Boleh Pilih Nak Goreng Atau Bakar

Kalau ibu-ibu sudah jemu asyik masak menu yang sama atau sudah kering idea nak masak masakan apa dengan menggunakan ayam, boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo ini.

Rasanya sangat sedap kerana telah diperap dengan mayonis yang berlemak, sesuai untuk digoreng atau dibakar. Bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit.

Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Ezani Hana Syafniza untuk rujukan anda semua. Boleh dibuat untuk makan tengahari nanti untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Perap Mayo

Bahan-bahan:

  • Ayam ikut suka berapa banyak
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Mayonis
  • Sos Tiram
  • Kicap (saya pakai kicap manis)
  • Honey
  • Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih dan halia.

2. Campur semua bahan dan gaul sebati. Boleh ubah kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Jika mahu rasa manis atau lebih berlemak, lebihkan madu dan mayonis.

3. Perap selama 5 jam ke atas.

4. Sedia untuk digoreng atau dibakar. Selamat mencuba!

Kredit: Ezani Hana Syafniza

Wan N

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

33 minutes ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

41 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago