cara buat puding jagung

Puding jagung kastard ini sangat manis dan lemak berkrim. Sesuai dihidangkan sebagai kuih atau pencuci mulut untuk minum petang. Cara buat puding jagung kastard ini juga sangat mudah dan ringkas.

Bahan-bahan dan cara penyediaannya sangat mudah. Anda hanya perlu beberapa bahan ringkas yang mungkin sudah ada di rumah, dan dalam sekejap, puding jagung yang lazat ini boleh siap!

Rasa puding jagung kastard ini pasti akan memikat hati seluruh keluarga. Dengan kombinasi manis dan lemak berkrim, setiap suapan akan membuatkan anda ingin lagi. Makan satu pasti tidak cukup!

Baca juga: Tips Simpan Jagung Tahan Lama Sampai 3 Minggu, ‘Confirm’ Tak Kecut!

CARA BUAT PUDING JAGUNG KASTARD

cara buat puding jagung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air (saya guna air masak)
  • 1 cawan susu segar (tak kisah jenama apa pun, kalau nak berlemak guna susu full cream)
  • 2 sudu gula
  • ¾ cawan susu pekat manis (kurangkan guna 3 sudu saja, tetapi yang nak manis boleh ikut sukatan itu)
  • ½ cawan santan (boleh lebihkan sikit kalau nak lagi lemak)
  • ½ sudu teh garam
  • ½ tin jagung (saya guna 1 tin terus, lagi puas)
  • Pewarna kuning (kalau nak naikkan warna puding)
  • Esen vanila (tak nak letak pun boleh)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dalam satu periuk dan gaul sebati.
  2. Masak dengan api kecil sehingga likat, kacau sehingga ada buih-buih kecil.
  3. Tuang dalam bekas acuan dan sejukkan sekejap.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  5. Sedia untuk dihidang!

Kredit resipi dan gambar: Siti Aishah Jai

Baca juga: Guna 3 Jenis TEPUNG Ini, Kuih Kaswi Jagung Akan Jadi Lembut Elok & Menggedik!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN