Keluarga anda pasti seronok jika ada kudapan yang lazat di rumah. Oleh itu, kami nak kongsikan cara buat Popia Sira Sambal yang sedap.
Popia Sira Sambal merupakan salah satu kudapan yang menggunakan kulit popia serta disira dengan sambal pedas dan manis.
Nurul’Izzati AbuHashim telah kongsikan cara buat Popia Sira Sambal di Facebook yang buat ramai tertarik kerana tak lemau dan sentiasa rangup. Jom kita cuba!
Baca juga: Popia Daging Paling Mudah, Inti Lebih Sedap Dengan Daging Cincang!
CARA BUAT POPIA SIRA SAMBAL
Bahan-bahan:
- 1 bungkus kulit popia
Bahan-bahan untuk sambal:
- 2 biji bawang kecil
- 1 ulas bawang putih
- 2 senduk kecil cili kisar
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar gula
- 3 sudu besar madu
- Garam secukup rasa
- Daun kari
- Bijan (sangai dulu)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, gulung kulit popia, gunting dalam bentuk kecil dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan, kemudian ketepikan dahulu.
2. Selepas itu, tumis bawang yang sudah ditumbuk. Masukkan cili kisar dan sos cili, kemudian kacau sebati.
3. Setelah cili masak, guna api kecil. Masukkan gula, madu dan garam, kemudian kacau sampai likat.
4. Tutup api dan tunggu sejuk sedikit (suam).
5. Masukkan popia sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan daun kari dan bijan. Siap untuk dinikmati!
Tips supaya popia tak jadi lemau atau lembut selepas disira sambal:
- Setelah goreng popia, toskan dan biar betul-betul sejuk dahulu. Tapi jangan sejukkan bawah kipas, biarkan saja. Lebih bagus jika diletakkan di atas dulang.
- Setelah buat sambal, kena sejukkan dahulu. Jika sudah suam-suam pun kira okay. Selepas itu bolehlah gaul dan simpan dalam bekas kedap udara.
Sukatan bahan dalam cara buat Popia Sira Sambal ini boleh disesuaikan mengikut kuantiti popia yang digunakan. Selain itu, rasa manis dan pedas boleh diselaraskan mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul’Izzati AbuHashim
Baca juga: Popia Pepero, Guna Kulit Popia Tapi Sedap Dan Rangup Bukan Main!