Categories: Resipi

Resipi Petai Jeruk Rangup Tanpa Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

Tidak dinafikan, petai jeruk antara ulam-ulaman kampung yang menambah selera makan dan menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang unik dan aroma yang kuat membuatkan ia sukar dilupakan, terutamanya bila dimakan bersama nasi panas.

Selain sedap, petai juga kaya dengan khasiat dan baik untuk pencernaan. Sekaligus menjadikannya pilihan ulam yang sihat untuk dinikmati. Cara membuatnya pun mudah dan yang menariknya, resipi kali ini tanpa cuka tapi hasilnya tetap menjadi elok.

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mencuba, ikuti saja langkah mudah di bawah untuk hasilkan jeruk petai yang rangup.

Baca juga: Jom Buat Sendiri Jeruk Cili Padi Di Rumah, Ikut Tip Ini Memang Rangup Elok!

CARA BUAT PETAI JERUK TANPA CUKA

Bahan-bahan:

  • Petai (asingkan dari kulit)
  • Air mineral
  • Garam secukupnya
  • Cili padi secukupnya (dihiris)

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus petai sekejap kira-kira 5 minit, supaya kulitnya layu.
  2. Asingkan isi petai daripada kulitnya.
  3. Masukkan petai ke dalam bekas, kemudian tuangkan air masak atau air mineral secukupnya. Tambahkan garam dan hirisan cili padi.
  4. Biarkan selama sehari. Keesokan harinya, baunya memang semerbak.
  5. Masukkan jeruk ke dalam bekas bertutup dan tambah garam jika perlu.
  6. Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan pada bila-bila masa.

Sumber: Elly Hazri Mustaffa

Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

14 hours ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

14 hours ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

15 hours ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

16 hours ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

16 hours ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

18 hours ago