Siapa yang suka buat kuih muih dan masakan yang menggunakan pes pandan, rupanya anda boleh buat sendiri saja di rumah.
Kalau buat sendiri bukan saja menjimatkan kos, malah diyakini halal dan dijamin tahap kebersihannya.
Bukan itu saja, kuih muih dan masakan anda juga akan menjadi lebih harum berbanding guna pes yang dibeli.
Jika ada yang teringin nak cuba buat pes pandan homeamade, jom ikuti perkongsian oleh Cahaya Rieqal di bawah.
Baca juga: Cara Buat Dadih Homemade Tanpa Guna Dadih Segera, Mudahnya!
“Biasanya saya akan beli Paste Pandan ni kat kedai jual bahan-bahan kek je. Botol kecil pon dah RM6. Last-last saya buat je pati pandan sendiri memandangkan daun pandan ada banyak stok.
Senang je buat dia tapi kena sabar tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tu. Malam tadi buat Agar-Agar Pandan Santan.. wangi je bau paste pandan buatan sendiri. Jom tengok cara dan resepi Agar-agar Pandan Santan tu.”
Paste pandan ni simpan dalam peti sejuk boleh tahan sebulan. Macam-macam kuih muih dan masakan boleh buat.”
Bahan-bahan:
1. Basuh bersih-bersih daun pandan, potong kecil dan toskan.
2. Kisar daun pandan bersama anggaran 3 cawan air. Perahkan air daun pandan tu dan simpan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 malam.
3. Selepas 3 hari. air pandan tu menjadi 2 lapisan. Yang bawah itu adalah pati atau pes pandan. Yang keruh tu boleh dijadikan esen pandan.
4. Keluarkan air bahagian atas, ambil yang hijau pekat tu sahaja.
Info tambahan:
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Satukan santan, telur, 200 ml air & secubit garam dan kacau-kacau guna whisk. Ketepikan.
2. Masukkan air selebihnya ke dalam periuk. Masukkan sekali agar-agar serbuk. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan gula, paste pandan dan pewarna hijau.
4. Kacau-kacau hingga gula larut.
5. Masukkan bancuhan santan tadi dan kacau perlahan2 sampai mendidih.
6. Bila dah mendidih biarkan terus merenih selama 3,4 minit. Tapi kena selalu kacau supaya tak membuak keluar agar-agar tu.
7. Tutup api. Tuangkan dan tapis agar-agar ke dalam loyang atau bekas yang dah dibasahkan air terlebih dahulu.
8. Biarkan sejuk diluar selama 3 jam lebih baru masukkan ke dalam peti sejuk.
Selamat mencuba!
Kredit: Cahaya RieQal
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…