cara buat pes

Ini ada perkongsian cara buat pes ibu kunyit sendiri di rumah. Hanya menggunakan lima bahan saja untuk membuat stok pes ini. Ikan atau ayam goreng yang dimasak menggunakan pes ibu kunyit buatan sendiri memang lebih sedap. Aromanya yang harum memang dapat menaikkan selera.

Di Malaysia, makanan yang digoreng dengan kunyit ini sangat digemari oleh banyak orang. Jika anda mempunyai kunyit hidup di rumah anda atau membelinya dalam kuantiti yang banyak, anda boleh mencuba membuat stok pes yang dikongsi oleh Cik Puan NurulAin Alaui ini. Ia boleh bertahan lama tanpa mengubah warna atau rasa. 

Baca juga: Cara Buat Pes Mee Goreng Ala Emak-Emak, Tinggal Tumis Saja

Setiap kali anda ingin menggoreng, anda tidak perlu membuat campuran baru kunyit dan garam untuk merendam bahan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengambil pes, sapukan ke atas bahan, dan goreng!

CARA BUAT PES IBU KUNYIT, BUAT STOK SENDIRI LEBIH PUAS

cara buat pes

Bahan-bahan: 

  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Bawang putih
  • Garam
  • Perasa

Cara-cara penyediaan:

1. Mulakan dengan membersihkan dan mengikis kulit halia dan kunyit hidup. Kemudian, basuh dan toskan.

2. Campurkan kunyit, bawang putih, halia, dan sedikit air (cukup untuk memudahkan pengisaran bahan) ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.

3. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas. Kemudian, tambahkan garam dan serbuk kunyit dan bahan perasa. Gaulkan rata.

4. Simpan pes kunyit dalam bekas yang ditutup rapat dan letakkan dalam peti sejuk. Pes ini dapat bertahan berbulan-bulan dan sesuai digunakan untuk memasak pelbagai hidangan gorengan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook NurulAin Alaui

Baca juga: Pes Tomyam Homemade Cara MUDAH, Rasa ‘Kaw’ Guna Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN