Salah satu makanan wajib ada pada Hari Raya adalah Nasi Impit. Sebenarnya ada cara buat Nasi Impit paling mudah dengan plastik aiskrim tau.
Nasi Impit atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang.
Baca juga: Cara Masak Nasi Impit Paling Mudah. Masak & Tinggal Je, Hasil Seketul Cantik Macam Ni
Ada Nasi Impit yang sudah siap dijual di pasar raya, cuma tinggal rebus saja. Tapi jika tak sempat beli, anda boleh gunakan plastik aiskrim untuk membuatnya.
Seperti yang dikongsikan oleh Eyta Umairah di Facebook, cara buat Nasi Impit dengan plastik aiskrim ternyata sungguh mudah. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Cuci dulu beras, toskan dan biarkan beras itu kering supaya senang nak masukkan ke dalam plastik aiskrim. Anda boleh gunakan calung ataupun masukkan beras dalam jug air plastik yang ada muncung tu.
2. Isikan beras dalam 1/3 daripada plastik aiskrim. Jangan isi lebih sebab nanti beras jadi padat dan keras. Lipat sekali hujung plastik itu dan lipat lagi sekali, kemudian stepler.
3. Lipat dua plastik airkrim tadi dan tekan-tekan dengan garfu. Tekan kuat biar sampai tembus ke belakang. Nak cucuk dengan lidi sate pun boleh, janji ada lubang.
4. Masukkan nasi impit ke dalam periuk yang besar, kemudian masukkan juga dua helai daun pandan yang disimpul supaya nasi impit berbau wangi.
5. Rebus sehingga masak, kemudian lalukan nasi impit yang dah dimasak di bawah air paip dan toskan di dalam tapisan. Siap!
Anda kena gunakan periuk yang besar untuk merebus kerana Nasi Impit akan jadi panjang apabila beras itu sudah masak.
Cara buat Nasi Impit guna plastik aiskrim ini bukan saja cukup mudah, malah lebih kemas buat begini.
Selamat mencuba!
Sumber: Eyta Umairah
Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun!
Kek tiramisu semakin popular dan ramai yang mencuba membuatnya sendiri di rumah. Akibatnya, beberapa bahan…
Susah nak jumpa peniaga yang jual Kek Pisang Karamel di luar kerana ia merupakan antara…
Resipi strawberry cheesecake ini tak perlu dibakar dan sangat mudah disediakan. Cuma sejukkan dalam peti…
Sekali-sekala nak makan pencuci mulut yang sejuk untuk segarkan tekak, bolehlah cuba buat Boko Ubi…
Cara masak sup kaki ayam ini cukup mudah kerana tidak perlu menumis. Hanya perlukan beberapa…
Jika ada ahli keluarga yang teringin makan Nasi Lemak sedap tapi mempunyai alahan pada santan,…