Categories: Resipi

Resipi Kuih Getas, Ikut Tip Ini Supaya Sira Gula Melekat Cantik & Tak Cair

Cara buat kuih getas sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran khas. Kuih tradisional ini terkenal dengan bahagian luarnya yang rangup, bahagian dalam yang lembut serta disaluti gula sira manis yang melekat cantik.

Walaupun bahan yang digunakan ringkas, hasilnya tetap sedap dan membuatkan ramai orang suka. Dengan gabungan tepung pulut, kelapa parut dan santan, kuih ini mempunyai rasa lemak manis yang memikat hati semua.

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Keledek Ungu, Tanpa Santan & Air Kapur Tapi Tetap Kenyal

CARA BUAT KUIH GETAS

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji kelapa parut
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan santan (untuk menguli, masukkan sedikit demi sedikit sehingga doh lembut dan tidak melekat)

Cara membuat:

  1. Campurkan tepung pulut, tepung beras, kelapa parut dan garam di dalam satu bekas. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat kecil. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kuih sehingga keemasan. Angkat dan toskan.

Bahan sira:

  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula

Cara membuat sira:

  1. Panaskan air di dalam kuali, kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan sehingga gula menggelegak dan menjadi pekat.
  2. Masukkan kuih getas yang telah digoreng tadi dan gaul cepat sehingga gula bersalut rata. Perlu berhati-hati pada langkah ini kerana gula mudah mengeras jika terlalu lama dimasak.
  3. Setelah siap, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Cornelia Agatha

Baca juga: Resipi Kuih Puteri Ayu Guna Sukatan Cawan, Confirm Lembut & Wangi Memikat

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

14 minutes ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

48 minutes ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 hour ago

Resipi Halia Goreng Rangup, Sagat Manual Tanpa Mesin Pun Boleh Dapat Tekstur Berurat!

Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…

1 hour ago

Absolut Bazaar 2027 Kembali, Kali Ini Singgah Kuantan & Ada Konsep Baharu!

Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…

2 hours ago

Resipi Pais Ikan Kembung Berbalut Daun Pisang, Bakar Atas Dapur Pun Dah Cukup Menyelerakan!

Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…

3 hours ago