Krim putar (whipping cream) merupakan satu bahan yang wajib ada dalam proses membuat kek untuk dijadikan inti mahupun dalam melepa kek.
Ia boleh didapati di kedai kek dan juga hampir semua pasaraya ada menjualnya. Harganya juga boleh tahan mahal untuk digunakan hanya ‘sekali’ buat mereka yang jarang-jarang membuat kek.
Rupanya tak susah mana pun kalau nak buat sendiri whipping cream ni. Tak perlu susah-susah nak keluar rumah. Jimat pun jimat kan? Ikuti perkongsian oleh Soleh Fattah yang berkongsikan cara-cara membuat krim putar.
1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas, pastikan bekas besar ya, jangan pakai bekas kecil.
2. Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati dulu. Kemudian baru mix, pakai mixer. 1 minit pertama, guna kelajuan paling rendah. Alasannya, nanti ais batu terkeluar dari bekas korang, habis bersepah nanti.
3. Minit ke-2, boleh tingkat kan kelajuan, sederhana dlm 3 minit. Mix je sampai tak nampak ais batu tu. Masa ni korang akan nampak adunan ni dah berupa cream yang kembang semangkuk.
4. Bila ais batu dah takde (boleh dengar bunyi ais masa tengah mix tu) boleh tingkatkan kelajuan mixer ke maksimum, mix dalam 2 minit sahaja, jangan overbeat ya. Then, siap la whipping cream korang.
Masa penyediaan: 5-6 minit sahaja
Kredit: Soleh Fattah
Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…