Categories: Resipi

Cara Buat Kentang Putar Homemade Lembut Berkrim, Anak-Anak Semua Puji Sedap!

Kentang putar antara menu paling senang nak pancing selera anak kerana lembut berkrim. Oleh sebab itu, ramai mak-mak suka belajar cara buat Kentang Putar sendiri di rumah.

Resipinya sangat mudah, ikut saja cara buat Kentang Putar yang dikongsikan oleh Mmy Yusuff ArRayyan di Facebook. Cukup bahan, bolehlah buat untuk anak-anak. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Elak Kentang Hitam Selepas Dikupas, Biar Satu Malam Pun Tak Apa!

CARA BUAT KENTANG PUTAR

Bahan-bahan kentang lenyek:

  • 5 biji kentang
  • 1 cawan susu segar
  • Serbuk lada sulah

Cara-cara buat kentang lenyek:

  1. Potong kentang dalam bentuk dadu.
  2. Rebus kentang selama 20 minit.
  3. Tos kentang dan lenyekkan.
  4. Gaul bersama susu segar dan lada sulah.

Bahan-bahan kuah:

  • 2 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada sulah

Cara-cara buat kuah:

  1. Didihkan air terlebih dahulu.
  2. Masukkan kiub ayam bersama bawang dan reneh selama 10 minit.
  3. Tutup api dan toskan dalam bekas.
  4. Kemudian, cairkan marjerin.
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sampai tepung larut.
  6. Masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit.
  7. Akhir sekali, tabur serbuk lada hitam.

Selamat mencuba!

Sumber: Mmy Yusuff ArRayyan

Baca juga: Cara Buat Cucur Kentang Guna 3 Bahan, Tetap Sedap & Rangup Walaupun Sejuk!

Aimi

Recent Posts

Resipi Spageti Bolognese ‘Goreng’ Versi Lain Dari Biasa, Idea Sarapan Yang Mengenyangkan!

Resepi spageti bolognese goreng ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan kelainan ketika menyediakan sarapan untuk…

1 hour ago

Uniknya Buat Roti Bakar Berinti Yogurt Guna 4 Bahan Saja, Rangup Di Luar Berkrim Di Dalam!

Roti bakar resipi ini sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan pagi atau snek petang. Dengan hanya…

2 hours ago

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

18 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

19 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

19 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

20 hours ago