Siapa yang suka makan ikan pekasam, boleh cuba cara buat ikan pekasam hasil perkongsian oleh Suraya Ismail di bawah.
Rupanya mudah saja kalau ada yang nak cuba buat sendiri di rumah. Selepas 5 hari, ikan sudah sedia untuk digoreng.
Ikan juga tidak perlu diperap di dalam peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik sahaja.
Namun begitu, pastikan kuantiti garam yang dilumur pada ikan tidak terlalu sedikit. Jika tidak, ikan akan busuk sebelum menjadi pekasam.
Baca juga: Sedapnya Ikan Celup Tepung Ala Terengganu, Ikut Resipi Ini Memang Rangup Kruk Krak!
CARA BUAT IKAN PEKASAM SUNGAI
Bahan-bahan:
- Ikan sungai
- Garam
- Beras
Cara-cara:
1. Cuci ikan sungai sehingga betul-betul bersih. Buang darah dan lendir. Bilas beberapa kali.
2. Kemudian, perapkan ikan dengan garam. Lumur garam seekor demi seekor. Biarkan semalam pada suhu bilik. Kuantiti garam agak-agak saja, jangan terlalu masin sebab nanti tak sedap. Kalau terkurang garam, ikan akan menjadi busuk sebelum menjadi pekasam.
3. Goreng beras sehingga menjadi warna brown. Tetapi jangan sampai hangit. Kemudian, kisar halus sehingga tekstur menjadi seperti tepung.
4. Selepas semalaman. Bedakkan ikan dengan beras yang dikisar seekor demi seekor. Golekkan saja ikan di dalam tepung tersebut. Kemudian, susun rapat dalam balang. Lagi sendat susunan ikan, lagi elok kejadiannya nanti.
5. Tutup rapat bekas. 5 hari kemudian boleh digoreng, sedap makan dengan nasi panas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Suraya Ismail
Baca juga: Resipi Laksa Kuah Ayam Yang Lain Dari Lain, Tak Guna Ikan Pun Sedap!