Categories: Resipi

Resipi Hash Brown Ala Kedai ‘Fast Food’, Buat Stok Frozen Banyak-Banyak & Tinggal Goreng Saja

Cara buat hash brown homemade sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Dengan hanya menggunakan kentang dan beberapa bahan asas, anda boleh hasilkan hash brown yang rangup di luar dan lembut di dalam, sama seperti yang dijual di restoran.

Kalau ada banyak lebihan kentang di dapur, ini antara menu paling sesuai untuk dicuba. Bukan sahaja menjimatkan, malah lebih puas hati kerana boleh makan panas-panas terus selepas digoreng.

Resipi ini juga sesuai untuk yang baru belajar memasak kerana langkahnya ringkas dan tidak renyah. Boleh dijadikan sarapan cepat, bekal anak ke sekolah atau snek minum petang yang mengenyangkan.

Baca juga: Resipi Donat Kampung Gebu & Lembut Macam Kapas, Tak Sempat Sejuk Dah Habis Licin Dimakan!

CARA BUAT HASH BROWN HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang
  • 6 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang dan cuci bersih. Potong kecil berbentuk dadu supaya mudah dimasak.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan kentang. Masak sehingga kentang menjadi agak lembut.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan masak seketika.
  4. Angkat dan biarkan kentang sejuk sebentar.
  5. Masukkan tepung jagung dan tambah sedikit air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
  6. Bentukkan adunan menjadi kepingan hash brown. Anggaran boleh dapat sekitar 10 hingga 11 keping.
  7. Simpan seketika dalam peti sejuk beku selama lebih kurang 15 minit supaya bentuknya lebih pejal.
  8. Panaskan minyak dan goreng hash brown sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

Sumber: Noor Faida

Baca juga: Resipi Cucur Crab Stick Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Kudapan Mudah Guna 4 Bahan Saja!

Wan N

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

3 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

4 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

5 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

6 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

7 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

7 hours ago