cara buat hash brown

Cara buat hash brown homemade sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan banyak bahan. Dengan hanya menggunakan kentang dan beberapa bahan asas, anda boleh hasilkan hash brown yang rangup di luar dan lembut di dalam, sama seperti yang dijual di restoran.

Kalau ada banyak lebihan kentang di dapur, ini antara menu paling sesuai untuk dicuba. Bukan sahaja menjimatkan, malah lebih puas hati kerana boleh makan panas-panas terus selepas digoreng.

Resipi ini juga sesuai untuk yang baru belajar memasak kerana langkahnya ringkas dan tidak renyah. Boleh dijadikan sarapan cepat, bekal anak ke sekolah atau snek minum petang yang mengenyangkan.

Baca juga: Resipi Donat Kampung Gebu & Lembut Macam Kapas, Tak Sempat Sejuk Dah Habis Licin Dimakan!

CARA BUAT HASH BROWN HOMEMADE

cara buat hash brown

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang
  • 6 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas kulit kentang dan cuci bersih. Potong kecil berbentuk dadu supaya mudah dimasak.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan kentang. Masak sehingga kentang menjadi agak lembut.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk pati ayam. Gaul sebati dan masak seketika.
  4. Angkat dan biarkan kentang sejuk sebentar.
  5. Masukkan tepung jagung dan tambah sedikit air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
  6. Bentukkan adunan menjadi kepingan hash brown. Anggaran boleh dapat sekitar 10 hingga 11 keping.
  7. Simpan seketika dalam peti sejuk beku selama lebih kurang 15 minit supaya bentuknya lebih pejal.
  8. Panaskan minyak dan goreng hash brown sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan minyak.

Sumber: Noor Faida

Baca juga: Resipi Cucur Crab Stick Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam, Kudapan Mudah Guna 4 Bahan Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN