cucur crab stick

Cucur crab stick rangup di luar lembut di dalam memang antara kudapan mudah yang selalu jadi pilihan bila tiba-tiba rasa nak mengunyah sesuatu di rumah. Lagi-lagi bila bahan pun ringkas, memang sesuai sangat untuk dibuat waktu minum petang.

Kadang-kadang bila buka peti ais, ada crab stick yang tak tahu nak buat apa. Daripada terbiar, lebih baik jadikan cucur yang sedap dan rangup ini. Sekali makan memang boleh habis satu pinggan tanpa sedar.

Resipi ini juga tak perlukan banyak bahan rumit. Cuma guna tepung, crab stick, garam dan air panas. Cara buat pun mudah, sesuai untuk anda yang baru nak cuba masak gorengan sendiri di rumah.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Bulat & Kurang Berminyak, Adunan Pun Tak Melekat Pada Senduk

RESEPI CUCUR CRAB STICK RANGUP DI LUAR & LEMBUT DI DALAM

cucur crab stick

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum
  • Crab stick (dipotong kecil dan direbus sekejap)
  • Garam & serbuk perasa
  • Air panas mendidih (bukan suam, tapi betul-betul panas menggelegak)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum dalam bekas. Tambahkan garam dan perasa mengikut citarasa.
  2. Masukkan crab stick yang sudah dipotong kecil dan direbus sekejap supaya lebih lembut dan sedap.
  3. Tuangkan air panas mendidih sedikit demi sedikit sambil kacau. Hati-hati sebab air panas.
  4. Gaul sampai jadi doh yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau terlalu cair, tambah tepung. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit lagi air panas.
  5. Doh yang elok ialah bila dibalikkan, ia tidak jatuh berderai.
  6. Panaskan minyak dan goreng menggunakan sudu atau bentukkan kecil-kecil.
  7. Goreng hingga keemasan dan rangup di luar.
  8. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang panas-panas.

Sumber: Thread @aindarmann

Baca juga: Cara Buat Cucur Sayur Yang Gebu & Tak Serap Minyak, Resipi Paling Sempoi Wajib Cuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN